Skip to main content

Selebriti

Salima Habibi Beri Nasihat, Suami Isteri Jangan Asyik Berkira - “Tolong Basuh Pinggan, Kemas Bilik, Ucap Terima Kasih…”

Salima Habibi

Sekilas

  • Salima Habibi menegaskan pasangan suami isteri perlu saling membantu dan tidak berkira dalam menjalankan tanggungjawab rumah tangga.
  • Pasangan digalakkan untuk saling bertolak ansur dan menegur dengan cara yang baik tanpa menyakiti hati masing-masing.
  • Setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas dalam rumah tangga boleh membawa ganjaran pahala daripada Allah.
Advertisement

Penyanyi, Salima Habibi berpendapat bahawa pasangan suami isteri seharusnya saling membantu melakukan kebaikan dalam rumah tangga tanpa terlalu berkira mengenai tanggungjawab masing-masing.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Salima berkata pasangan juga perlu ada tolak ansur dan saling menegur dengan cara yang baik tanpa menyakiti hati antara satu sama lain.

Advertisement

“Suami isteri, berebutlah untuk buat kebaikan, saling serve, jangan asyik bertegang urat ini bukan tggungjawab saya, ini bukan tugas saya.

“Salinglah memberi yang terbaik, dan saling tegur menegur tanpa menyakiti satu sama lain,” kongsinya.

Tambah Salima, setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas dalam kehidupan berumah tangga bukan sahaja mampu menggembirakan pasangan, malah boleh menjadi satu bentuk amal yang mendapat ganjaran daripada Allah.

“Kalau isteri nak buka stokin, nak hidang air basuh tangan, nak sambut suami dengan masakan enak-enak, buat dengan ikhlas dapat ganjaran daripada Allah.

“Suami yang balik, tolong basuh pinggan, kemas bilik sikit, ucap thanks pada isteri yang tolong jaga rumah, jaga anak masa suami tiada, dapat juga pahala gembirakan isteri,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Must Watch Video

Advertisement