Penyanyi, Salima Habibi tampil memberi peringatan kepada wanita Islam agar lebih berhati-hati dalam menjaga aurat, terutamanya dalam hal berkaitan rawatan kecantikan moden seperti Brazilian wax.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Salima memaklumkan bahawa prosedur Brazilian wax yang dilakukan adalah haram dilakukan oleh individu bukan mahram walaupun sesama jantina kecuali jika berada dalam keadaan darurat yang mengancam nyawa.
Advertisement
“Wanita muslimah, brazilian wax haram ye. Aurat kita tak boleh sewenang-wenangnya dilihat orang lain, kecuali kalau tak buat tu kita mati.
“Baru boleh buat, tetapi untuk kecantikan, tak boleh. Nak buat juga boleh buat sendiri atau suami buatkan,” maklumnya.
Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain, Salima juga turut menitipkan nasihat kepada para pemilik salun kecantikan yang beragama Islam supaya menjaga aurat pelanggan.
Jelas Salima lagi, menjaga bukan sekadar menyediakan bilik tertutup, malah turut menegah daripada membicarakan hal berkaitan aurat pelanggan termasuklah jenis rambut atau keadaan fizikal mereka kepada mana-mana pihak.
“Untuk pemilik pemilik salun yang beragama Islam, kerja kalian boleh jadi sangat berpahala kerana bantu wanita muslimah lain menjaga kecantikan dan kesihatan rambut.
“Tapi, tolong jaga aurat pelanggan anda, dan bukan sahaja perlu sediakan bilik yang bertutup, malah membicarakan aurat mereka yang berhijab pun jangan.
“Jangan cerita rambut orang itu begitu begini pada orang lain, pada suami, pada sesiapa pun jangan ya,” tegasnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Salima:

Untuk info, Brazilian Wax atau Bro-Zillian dan Boy-Zillian membawa maksud suatu rawatan kosmetik membabitkan pembuangan bulu ari-ari secara sepenuhnya melalui proses disebut ‘waxing’ (pelilinan).
Waxing adalah kaedah penanggalan bulu separa kekal yang mencabut keluar bulu badan dari akarnya dengan menggunakan bahan berasaskan lilin (wax) lalu bahagian itu kekal licin selama beberapa minggu.