Skip to main content

Hiburan

Sam Lim Kongsi Nama Islam, Ramai Doakan Kebahagiaan Selepas Bergelar Suami - “Sedap Nama…”

Astro Gempak 362

Sekilas

  • Sam Lim kini sah bergelar saudara baru Islam dengan nama Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah selepas berkahwin dengan Parisa Ardina.
  • Berita penghijrahan dan pernikahan mereka mendapat sambutan hangat serta ucapan tahniah daripada wargamaya di media sosial.
  • Ramai memuji nama Islam yang dipilih dan mendoakan agar Sam terus istiqamah dalam keputusannya.

Berita pernikahan personaliti media sosial, Sam Lim bersama Parisa Ardina menjadi perhatian ramai apabila turut disertai khabar gembira mengenai penghijrahannya ke agama Islam.

Menerusi media sosial, ramai meluahkan rasa teruja selain mengucapkan tahniah kepada Sam yang kini bergelar saudara baharu dalam Islam.

 

@nicholas_bebel Muhammad ape ? #nicholaschong #nicholasbebel #samlim #fypシ゚ #viral ♬ original sound - Nicholas Bebel

 Apa yang lebih mencuri perhatian, Sam turut berkongsi nama Islamnya menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh akaun @nicholasbebel.

 

“Apa nama Islam u,” tanya pemilik akaun tersebut.

“Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah,” jawab Sam ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah selain mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan. 

“Alhamdulillah. Welcome to Islam my brother, Muhammad Zavian Lim bin Abdullah.

“Tahniah Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah… saya bangga dan gembira dapat saudara baru walaupun dah lama follow.

“Pertama, selamat datang ke Islam. Kedua, selamat pengantin baru. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” komen beberapa netizen. 

Selain itu, ramai juga memuji keindahan nama Islam yang dipilih serta mendoakan agar Sam terus istiqamah dengan keputusannya.

Terdahulu, pernikahan Sam dan Parisa menjadi bualan hangat dalam kalangan pengikut media sosial mereka apabila pasangan tersebut berkongsi momen bahagia bersama orang ramai.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement