Skip to main content

Viral

Sam Lim & Nicholas Mohon Maaf Isu 'Live Host' Berhenti Kerja - “Selepas Ini Kalau Saya Mahu Maki…”

Sam Lim

Sekilas

  • Sam Lim memohon maaf kepada bekas pekerjanya yang pernah menjadi live host atas sebarang kenyataan atau hantaran yang menyinggung perasaan.
  • Sam menjelaskan dakwaan pekerja dipaksa bekerja 24 jam adalah tidak tepat kerana sistem syif digunakan, dan permit kerja malam tidak lagi diperlukan sejak 2023.
  • Sam mengakui kelemahan ruang solat di premis syarikat dan berjanji akan melakukan penambahbaikan, manakala pengurus Nicholas turut memohon maaf atas kata-kata tidak wajar terhadap suami bekas pekerja.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan, Sam Lim tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi membabitkan seorang bekas pekerjanya yang pernah bertugas sebagai hos siaran langsung atau live host.

 

Advertisement

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Sam mengakui mengambil maklum segala kritikan yang diterima dan memohon maaf sekiranya kenyataan atau hantaran terdahulu telah menyinggung perasaan bekas pekerja terbabit.

 

"Saya ingin meminta maaf kepada pekerja yang sebelum ini, yang live host itu. Kalau ada apa-apa hantaran yang saya tersalah cakap, saya minta maaf kepadanya.

 

"Selepas ini kami akan sampaikan kandungan dengan cara yang betul. Pihak saya akan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan," katanya.

 

Dalam masa sama, Sam turut menjelaskan beberapa isu yang menjadi perhatian ramai, termasuk dakwaan pekerja dipaksa bekerja selama 24 jam, permit bekerja pada waktu malam serta kemudahan ruang solat di premis syarikatnya.

 

Menurutnya, dakwaan pekerja perlu bekerja selama 24 jam adalah tidak tepat kerana sistem yang diamalkan adalah secara syif.

 

"Ada dakwaan kami menyuruh live host kerja 24 jam, sebenarnya perkara itu sudah dimaklumkan dalam kontrak. Ada yang akan bekerja syif malam dan ada juga syif siang.

 

"Konsep operasi 24 jam ini juga diamalkan oleh jenama lain. Bukannya kami suruh pekerja bekerja 24 jam tanpa henti, sebaliknya ada pembahagian syif," jelasnya.

 

Mengulas mengenai dakwaan syarikat perlu mendapatkan permit bagi pekerja yang bekerja pada waktu malam, Sam berkata peruntukan akta tersebut telah dimansuhkan sejak tahun 2023.

 

Sementara itu, menyentuh isu ruang solat yang didakwa tidak berada dalam keadaan baik, Sam mengakui kelemahan tersebut dan berjanji akan melakukan penambahbaikan.

 

"Bilik solat itu kotor kerana ada yang menghisap rokok di situ. Pihak saya minta maaf. Selepas ini kami akan sedaya upaya menaik taraf tempat solat," ujarnya.

 

Dalam video sama, pengurus yang juga rakan kepada Sam, Nicholas, turut tampil memohon maaf atas kata-kata yang pernah dilemparkan terhadap suami bekas pekerja berkenaan.

 

"Saya juga ingin minta maaf kepada suami awak yang saya tersilap maki. Memang itu cara saya bercakap. Kalau kata-kata saya sebelum ini membuatkan dia tidak selesa, saya minta maaf.

 

"Selepas ini kalau saya mahu maki orang atau mahu bercakap, saya akan guna otak," katanya.

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement