Sekilas
- Anak perempuan Nur Fazura, Nur Fatima Aisya, dilihat membantu ibunya membuat live jualan tudung di TikTok.
- Fazura memuji sikap rajin dan ringan tulang Fatima walaupun masih kecil serta berkongsi mereka sama-sama mencari rezeki secara sederhana.
- Perkongsian itu mendapat reaksi positif wargamaya yang memuji cara Fazura mendidik anaknya menghargai usaha dan kerja keras sejak kecil.
Seorang wargamaya berkongsi video memperlihatkan anak perempuan kepada aktres Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya membantu ibunya membuat live menjual tudung di Tiktok.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di Threads, individu tersebut memuji kecantikan Fatima yang juga anak kepada aktor Fattah Amin
“MasyaAllah cantiknya Fatima,” tulis individu tersebut.
Menjawab pujian tersebut, Fazura meluahkan rasa bangga terhadap anaknya selain memuji sikap Fatima yang rajin dan ringan tulang walaupun masih kecil.
Malah, aktres dan usahawan itu turut berkongsi dia dan anaknya bersama-sama mencari rezeki secara sederhana.
“Anak solehah mommy yang rajin… sama-sama kita diam-diam cari rezeki ya anakku. Mommy is very proud of the lady you are becoming. MasyaAllah,” kongsinya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada wargamaya yang rata-ratanya tersentuh dengan ayat Fazura mengenai mencari rezeki dalam diam.
Selain mereka turut memuji cara pelakon itu mendidik anaknya agar menghargai usaha dan kerja keras sejak kecil.
Sumber - Threads