Skip to main content

Hiburan

Sambut Birthday Pengurus, Siti Nurhaliza ‘Serbu’ Rembayung Kali Kedua… Siap Bagi Album Kepada Khairul Aming

Rembayung

Sekilas

  • Khairul Aming berkongsi momen istimewa apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza melawat restoran Rembayung buat kali kedua.
  • Kunjungan Siti Nurhaliza adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran pengurus Khairul Aming, Kak Rozy.
  • Siti Nurhaliza turut memberikan album beserta autograf kepada Khairul Aming dan pelanggan mengambil peluang bergambar bersama Tokti.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming berkongsi momen istimewa apabila restoran yang diusahakannya dikunjungi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza buat kali yang kedua.

Menerus perkongsian di Instagram (IG), Khairul memaklumkan kedatangan penyanyi yang mesra disapa Tokti itu adalah bertujuan untuk menyambut ulang tahun kelahiran pengurusnya, yang dikenali sebagai Kak Rozy.

Advertisement

“Hari ni kali kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkunjung ke Rembayung untuk celebrate birthday Pn Rozy. Happy birthday Kak Rozy!” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Siti yang hadir menjamu selera bersama beberapa orang pekerjanya sempat memberikan album beserta autograf kepada Khairul Aming.

“Toki bagi KA (Khairul Aming) album guys, nanti kita mainkan di Rembayung,” kongsinya lagi.

Advertisement

Kehadiran Tokti di Rembayung juga dilihat berjaya memeriahkan lagi suasana di Rembayung apabila rata-rata pelanggan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama pelantun lagu Wajah Kekasih itu.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement