Skip to main content

Hiburan

Sambut Kelahiran Puteri Keempat, Alif Satar & Isteri Pilih Nama Aleyya Fajr - “Diambil Bersempena Waktu…”

Alif Satar

Sekilas

  • Alif Satar berkongsi nama dan jantina cahaya mata keempatnya yang diberi nama Aleyya Fajr menerusi Threads.
  • Nama Aleyya dipilih bersempena waktu kelahiran iaitu fajar, dan Alif mendoakan agar anaknya sentiasa di bawah jagaan Allah SWT.
  • Alif berjanji akan menjadi bapa yang baik dan sentiasa ada di sisi Aleyya, selepas isterinya Shadila Halid selamat melahirkan pada Hari Raya kedua.
Advertisement

Selebriti versatil, Alif Satar akhirnya berkongsi jantina serta nama cahaya mata keempatnya.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar menitipkan ucapan menyentuh hati buat anaknya yang diberi nama Aleyya Fajr itu.

Advertisement

Pelantun lagu Cukup Indah itu turut menzahirkan ucapan syukur atas kelahiran Aleyya dan mendoakan agar anaknya itu sentiasa di bawah jagaan Allah SWT.

“Nama kamu dipilih bersempena waktu kelahiran kamu iaitu ‘fajar yang mulia.’

“Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Semoga hidup kamu sentiasa di bawah jagaan dan petunjuk-Nya,” luah Alif.

Dalam masa yang sama, Aliff turut berjanji akan menjadi bapa yang baik buat Aleyya.

“Daddy akan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk sentiasa ada di sisimu,” tambah Alif.

Terdahulu, Alif berkongsi khabar gembira mengenai isterinya, Shadila Halid yang selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada Hari Raya kedua.

Untuk rekod, Alif mendirikan rumah tangga bersama Shadila pada 15 September 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 11, Ariana Mecca, 9, serta Muhammad Ali, 7 tahun.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement