Skip to main content
Advertisement

Acara

"Sambutan Luar Jangka, Tiket Sold Out" - Wanita Muslimah Di Pantai Timur Sambut Baik Program Pengisian Rohani, Oki Setiana Dewi Jadi Tumpuan Ramai

oki_cahaya

Sekilas

  • Program Cahaya Hati 3.0 anjuran One World Muslimah di Kota Bharu mencatat sambutan luar jangka dengan tiket habis terjual, menunjukkan keperluan tinggi pengisian rohani dalam kalangan wanita Muslimah di Pantai Timur.
  • Program ini menampilkan pendakwah terkenal Oki Setiana Dewi dan tokoh-tokoh lain, serta dirancang untuk diteruskan ke negeri-negeri lain di seluruh negara secara berperingkat.
  • OWM juga merancang program berskala sederhana sempena Ramadan dan Aidilfitri dengan fokus kepada ketenangan jiwa, pengisian rohani, dan kebersamaan.
Advertisement

Program Cahaya Hati 3.0 anjuran One World Muslimah (OWM) yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan mencatat sambutan luar jangka apabila tiket habis terjual sepenuhnya, sekali gus membuktikan keperluan tinggi masyarakat terhadap program pengisian rohani khususnya dalam kalangan wanita Muslimah.

Pengerusi OWM, Noor Razlina Noor Mohamed, berkata, kejayaan penganjuran program bertemakan 'Takdirku Air Mata, Bangkitku Wanita Luar Biasa' itu mencerminkan kehausan wanita, terutama di Pantai Timur, terhadap pengisian rohani yang berkualiti dan menyentuh jiwa.

Advertisement

Menurut beliau, pemilihan Kota Bharu sebagai lokasi pembuka tirai penganjuran OWM bagi tahun 2026 turut membawa makna simbolik dalam usaha memperkasakan wanita bermula dari bumi Serambi Mekah.

“Alhamdulillah, sambutan untuk kedua-dua acara amat memberangsangkan. Khususnya Cahaya Hati 3.0 di Kota Bharu, sambutannya sangat luar jangka sehingga tiket habis terjual. Ini menunjukkan wanita Muslimah di Pantai Timur benar-benar dahagakan program rohani yang bermakna,” katanya.

Program yang berlangsung di Hotel Grand Riverview itu turut menampilkan pendakwah terkenal Nusantara, Oki Setiana Dewi, yang kehadirannya disifatkan sebagai antara faktor utama tarikan peserta.

Noor Razlina berkata, kehadiran Oki Setiana Dewi yang telah lama dinantikan masyarakat setempat menjadikan program berkenaan lebih dekat di hati para peserta, selain memperkukuh kerjasama strategik yang telah lama terjalin antara OWM dan pendakwah berkenaan.

Mengulas hala tuju program, beliau memaklumkan siri Cahaya Hati dirancang untuk menjelajah ke negeri-negeri lain di seluruh negara secara berperingkat.

“Dari segi pemilihan penceramah, OWM sangat menitikberatkan aspek kelayakan, tauliah serta kesesuaian mesej dengan sasaran peserta. Kami juga mengekalkan keseimbangan dengan menampilkan penceramah dari Malaysia dan Indonesia agar pengisian lebih segar, menyeluruh dan relevan,” ujarnya.

Cahaya Hati 3.0 turut diserikan dengan kehadiran Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, Tokoh Maulidur Rasul 2025, selain bacaan doa oleh tokoh Al-Quran terkenal, Faridah, serta pengisian inspirasi oleh Nazirah Abu Bakar.

Dalam ucapannya, Noor Razlina menegaskan bahawa Cahaya Hati 3.0 diwujudkan sebagai wadah sokongan kepada wanita yang sedang berdepan ujian hidup untuk mencari kekuatan baharu.

“Kami memahami setiap wanita mempunyai cerita tersendiri. Ada yang sedang bergelut dengan kepahitan takdir, namun kehadiran mereka hari ini membuktikan bahawa air mata bukan titik noktah, sebaliknya pemangkin untuk bangkit menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Program itu turut mendapat sokongan Nasrom Premium selaku penaja utama selain penglibatan beberapa rakan strategik industri, di samping membuka ruang kepada usahawan wanita mempamer dan memasarkan produk melalui penyertaan booth jualan.

Sementara itu, bersempena Ramadan dan Aidilfitri akan datang, OWM merancang menganjurkan program berskala sederhana dengan penekanan kepada ketenangan jiwa, pengisian rohani dan kebersamaan, selari dengan semangat bulan mulia tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

Must Watch Video

Advertisement