Skip to main content

Hiburan

Sampai Satu Masa Nora Danish Akan Undur Diri, Mahu Fokus Pada Keluarga - "Saya Jadikan Neelofa Sebagai Inspirasi..."

Nora Danish

Pelakon, Nora Danish mengakui memasang niat untuk bersara daripada dunia lakonan selepas sekian lama berkecimpung dalam industri seni tanah air.

Menurut Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, dia akan mula bersara sekiranya sudah kembali berumah tangga namun untuk masa kini dia masih lagi perlu mencari nafkah buat anak-anaknya.

“Saya dalam proses nak bersara kalau boleh sebab rasa dah berusia. Tiba masa nak fokus kepada keluarga. Sekarang tak boleh lagi sebab saya kena cari duit untuk sara anak-anak. Insya-Allah, kalau saya dah berkeluarga nanti, barulah saya akan fikirkan mengenai perkara itu,” katanya kepada Gempak.

Pelakon yang popular menerusi sitcom Puteri itu turut menjadikan menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi, khususnya dalam peralihan fasa kehidupan selepas tidak lagi aktif dalam bidang lakonan.

“Saya jadikan Neelofa sebagai inspirasi. Walaupun dia dah bersara daripada bidang lakonan, dia masih aktif di media sosial menyampaikan dakwah. Saya mahu jadi seperti dia, mungkin fokus saya pula dari sudut perniagaan. Tapi untuk berlakon, saya rasa penatlah,” ujarnya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pertunjukan Fesyen Amber Eid’s: Time For Love, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Nora menegaskan dia tidak mahu tergesa-gesa dalam soal jodoh dan menyerahkan sepenuhnya urusan tersebut kepada ketentuan Allah.

Mengulas mengenai kehidupan peribadi, pelakon itu tidak menafikan bahawa perkahwinan dan rumah tangga yang bahagia merupakan impian setiap wanita, termasuk dirinya sendiri.

“Semua wanita ingin berkahwin dan memiliki rumah tangga yang lebih baik serta ada suami yang boleh menjaga kita. Memang saya akui itu impian saya. Saya tidaklah tergesa-gesa ke arah itu. Saya letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah dan biar Dia aturkan semuanya. Cepat atau lambat, semua saya serahkan kepada Allah,” jelasnya.

Tambah Nora lagi, hasratnya untuk bersara bukanlah disebabkan faktor perkahwinan semata-mata, sebaliknya kerana keletihan setelah terlalu lama berada dalam industri hiburan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement