Skip to main content

Hiburan

Sampai Tak Boleh Tidur Malam, Syad Mutalib ‘Risau’ Berlakon Dengan…

Astrogempak Syad

Sekilas

  • Syad Mutalib mengakui berasa gementar apabila berpeluang bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nissa dalam drama Bidadari Tanpa Syurga.
  • Syad bersyukur kerana pelakon senior banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang penggambaran, memudahkan dia fokus pada wataknya.
  • Pada awal penggambaran, Syad segan untuk bersembang dengan Aaron Aziz, tetapi lama-kelamaan mereka semakin mesra dan suasana di set jadi lebih santai.
Advertisement

Pelakon, Syad Mutalib mengakui berasa gementar apabila diberi peluang untuk bergandingan dengan Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nissa dalam Bidadari Tanpa Syurga.

Menurut Syad, peluang tersebut cukup bermakna kerana sejak kecil lagi dia membesar dengan menonton lakonan mereka di kaca televisyen.

Advertisement

"Saya memang gementar kerana semasa saya membesar, saya memang menonton mereka di TV.

"Perkara itu sampai membuatkan saya susah nak tidur sebab saya asyik fikir saya perlu berada pada tahap yang sama dengan mereka dari segi lakonan," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Syad bersyukur kerana semua pelakon senior yang bergandingan dengannya banyak membantu dan memberikan sokongan sepanjang berada di lokasi penggambaran.

"Alhamdulillah, mereka sangat membantu. Kak Nad sangat memberi ketika berlakon. Begitu juga Aaron. Setiap kali kami ada babak yang agak agresif, dia akan pastikan saya dalam keadaan okay terlebih dahulu.

"Kami akan berbincang sebelum penggambaran supaya semuanya berjalan lancar. Jadi, ia memudahkan saya untuk fokus kepada watak saya kerana mereka sudah memberikan komitmen yang terbaik," ujarnya.

Syad turut berkongsi pengalaman lucu ketika hari-hari awal penggambaran apabila dia terlalu segan untuk memulakan perbualan dengan Aaron Aziz.

"Pada awalnya saya memang takut nak bercakap dengan Aaron. Dalam hati saya fikir, 'Boleh ke aku cakap dengan Aaron Aziz ni? Bila saya tanya sesuatu, dia jawab. Lepas itu saya pula tak tahu nak sambung cakap apa.

"Lama-kelamaan kami dah semakin mesra. Banyak bergurau di set. Kadang-kadang Aaron suka mengusik atau menguji saya, tapi semua itu membuatkan saya lebih selesa.

"Selepas itu saya dah tak rasa terlalu gementar macam pada awal penggambaran," tambahnya.

Strim Viu Original Bidadari Tanpa Syurga di Viu melalui Astro

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement