Sekilas
- Mierul Aiman mendapat pujian kerana sikap mesranya yang terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam ketika diminta bergambar.
- Seorang individu berkongsi pengalaman melihat Mierul melayan peminat dengan baik sebelum membawa seorang kanak-kanak bernama Zaara untuk bergambar bersama pelakon itu.
- Tindakan spontan Mierul yang mendahului salam walaupun sedang sibuk melayan peminat membuatkan individu tersebut teruja dan menghormatinya.
Sikap mesra pelakon Mierul Aiman mendapat pujian seorang individu apabila terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalam ketika didekati bagi meminta bergambar.
Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut berkata, dia melihat Mierul sedang melayan beberapa peminat sebelum membawa seorang kanak-kanak bernama Zaara untuk bergambar bersama pelakon itu.
“Bagus betul adab Mierul Aiman ini. Semalam nampak dia tengah layan dua atau tiga orang peminat. Aku pun terus lari bawa Zaara, minta nak bergambar dengan dia.
“Korang tahu dia buat apa? Dia hulur tangan dekat aku dulu nak salam,” tulisnya.
Menurut individu berkenaan, dia pada awalnya tidak mendahului untuk bersalam kerana menghormati Mierul yang ketika itu sedang sibuk melayan peminat lain.
Bagaimanapun, tindakan spontan pelakon Project: High Council tersebut membuatkannya teruja.
“Bukan tak nak salam dulu, cuma aku hormat dia tengah sibuk. Sekali dia yang dahulukan. Kalah aku bab adab!.
“Itulah cerita macam mana Zaara dapat gambar dengan Uda. Hormat pada anda, Uda!” tulisnya.
Sumber: Threads