Skip to main content

Hiburan

“Sangat Menjijikkan La Makcik” - Arrora Salwa

Arrora Salwa

Sekilas

  • Penyanyi Arrora Salwa menegur pramugari dan pramugara yang mengaku sebagai 'kaki buli' dan masih meneruskan budaya buli di tempat kerja.
  • Beliau mempertikaikan sikap mereka yang bangga dengan tindakan buli seperti membaling tray dan menganggapnya sebagai sesuatu yang memalukan.
  • Arrora juga menyifatkan golongan buli ini sebagai pengecut kerana hanya berani ketika waktu kerja dan tidak di luar waktu kerja.

Penyanyi Arrora Salwa menegur segelintir pramugari dan pramugara yang mengakui diri mereka ‘kaki buli’. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Arrora mempertikaikan tindakan mereka yang masih membawa budaya membuli sehingga kini. 

 

“Maaf cakap eh, you all yang terpaling rasa senior dan bangga claimed korang baling tray la, mengaku buli la itu la ini la, tak rasa malu ke makcik?

 

“Dalam hidup ni kita manusia berbeza-beza tau. Tak boleh la kita nak anggap semua orang sama. 

 

“Kalau awak dulu kena baling dengan tray, kenapa nak kena bawa budaya tu terus kehadapan. Sangat menjijikkan la makcik. Maaf cakap la ya,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-11 ini menganggap golongan membuli ini sebenarnya pengecut apabila di luar waktu kerja. 

 

“Orang macam ni waktu kerja dia rasa, dia raja tau, membuli tak ingat dunia. Luar waktu kerja PENGECUT NI. Sekian,” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement