Skip to main content

Hollywood

"Sangat Susah Nak Berhenti" - Selena Gomez Akui Suara Berubah Akibat Ketagihan ...

"Sangat Susah Nak Berhenti" - Selena Gomez Akui Suara Berubah Akibat Ketagihan ...

Sekilas

  • Selena Gomez mengakui penggunaan vape yang mengandungi nikotin secara berlebihan telah menyebabkan perubahan pada suaranya.
  • Dia sudah berhenti menggunakan vape dan berkongsi cabaran untuk menjauhi ketagihan nikotin sambil memberi peringatan kepada orang ramai.
  • Pengakuan ini menjawab persoalan peminat mengenai perubahan vokalnya yang sebelum ini menjadi perbualan di media sosial.
Advertisement

Penyanyi Hollywood, Selena Gomez akhirnya tampil menjelaskan perubahan suaranya yang sejak kebelakangan ini menjadi perhatian peminat.

Selena, 34, mengakui kebiasaannya menggunakan rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin secara berlebihan telah menyebabkan perubahan pada suaranya.

Advertisement

Menerusi perkongsian di Instagram Story pada Ahad lalu, pelantun lagu ‘Lose You to Love Me’ itu secara terbuka menceritakan pengalamannya bergelut dengan ketagihan nikotin.

“Saya tidak boleh mengubah suara saya lagi. Saya dahulu terlalu kerap menggunakan vape yang mengandungi nikotin.

“Nikotin sangat susah untuk ditinggalkan. Saya cuma mahu berpesan, jika anda sedang melaluinya atau baru mahu mencuba vape, ia langsung tidak berbaloi,” katanya.

Menurut Selena, dia menyesal dengan tabiat tersebut selepas menyedari kesannya terhadap suara yang selama ini menjadi sebahagian penting dalam kerjaya seninya.

“Perbuatan itu sangat bodoh dan ia telah mengubah suara saya.

“Jadi, kalau ada yang tidak suka mendengar suara saya sekarang, saya faham. Saya tidak kisah. Jangan dengar sahaja,” ujarnya secara berseloroh.

Dalam masa sama, bintang siri ‘Only Murders in the Building’ itu turut berkongsi perkembangan positif apabila mendedahkan dirinya sudah berhenti menggunakan vape.

Advertisement

Bagaimanapun, Selena mengakui usaha untuk terus menjauhi nikotin bukan sesuatu yang mudah.

“Saya sangat gembira kerana sudah berhenti dan berharap dapat terus mempertahankannya.

“Ia memang sangat sukar, tetapi jika anda sedang melalui sesuatu, percayalah anda juga mampu mengatasinya,” katanya.

Sebelum ini, perubahan suara Selena sering menjadi perbualan dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang membandingkan nada suaranya sekarang dengan ketika dia mula mencipta nama sebagai penyanyi.

Pada Disember tahun lalu, Selena pernah menjelaskan bahawa bahagian dalam tekaknya kadangkala mengalami pembengkakan sehingga menyebabkan suaranya kedengaran berbeza.

Pengakuan terbaharu itu sekali gus menjawab sebahagian persoalan peminat mengenai perubahan vokalnya.

Untuk rekod, Selena juga pernah berkongsi secara terbuka mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya, termasuk penyakit autoimun lupus dan pembedahan pemindahan buah pinggang yang dijalaninya pada 2017.

Menerusi perkongsian tersebut, Selena berharap pengalamannya dapat menjadi peringatan kepada orang ramai, khususnya golongan muda, supaya tidak memandang ringan risiko ketagihan nikotin.

Sumber: People, Variety

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement