Skip to main content

Indonesia

Sarah Azhari Trauma, Cemas Jumpa Orang Lepas VCD Bogel Di Tandas Dijual

Sarah Azhari

Sekilas

  • Sarah Azhari, bintang terkenal 90-an Indonesia, mengaku trauma selepas rakaman dirinya menukar baju di tandas dijual tanpa kebenaran.
  • Insiden itu berlaku ketika Sarah berusia 20 tahun dan menyebabkan dia serta adik lelakinya mengalami tekanan emosi.
  • Rakaman haram tersebut diedarkan dalam bentuk VCD, menyebabkan malu dan kesukaran dalam hubungan keluarga Sarah.

Bintang terkenal 90-an Indonesia, Sarah Azhari mengaku sempat trauma dan cemas selepas rakaman dirinya sedang menukar baju di dalam tandas dijual  pada zaman kegemilangannya.

Sarah yang kini berusia 48 tahun mengenang insiden yang berlaku sewaktu dia baru menginjak 20 tahun itu sebagai perkara terburuk yang pernah terjadi dalam hidupnya.

“Saya sempat trauma dan cemas bertemu orang. Okay mungkin saya kelihatan kuat, tapi kalau di depan orang say jadi berfikir, tak enak.

“Saya fikir macam mana ya kalau orang yang saya jumpa sudah melihat video rakaman haram saya tanpa baju di dalam tandas? Privasi kan itu,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Selain dirinya mengalami trauma, Sarah mendedahkan adik lelakinya turut mengalami masalah sama dan sempat tidak mahu mengaku dia sebagai kakak.

“Dia malu sebab di sekolah rakan-rakan lelaki ada VCD atau sekurangnya pernah menonton video haram itu. Dia beritahu ibu, dia malu dan sampai tak mahu orang tahu kalau Sarah Azhari itu kakaknya,” ujar ibu seorang anak itu.

Sebelumnya, seperti diketahui aksi pelakon Daun Di Atas Bantal dan Died Yesterday itu dalam keadaan bogel sempat dirakamkan secara haram.

Waktu itu Sarah sedang menukar pakaian di dalam tandas. Rakaman haram tersebut kemudian dijual dalam bentuk video cakera padat (VCD).

Must-Watch Video

Advertisement