Skip to main content

Hiburan

Sarah Yasmine Jelaskan Tujuan Datang Kediaman Niezam Zaidi, Niat Nak Bantu - “Lepas Kemas Rumah, Kita Pergi…”

Astrogempak SY (1)

Sekilas

  • Sarah Yasmine menjelaskan kehadirannya di rumah Niezam Zaidi adalah untuk membantu mengemas selepas Niezam berpindah rumah dan menghadapi situasi sukar.
  • Mereka tidak bersendirian ketika itu kerana kawan-kawan lain turut ada bersama, dan selepas mengemas mereka keluar main pickleball dan makan bersama.
  • Sarah menafikan dakwaan negatif dan menegaskan Niezam sangat menghormatinya serta menjaga batas pergaulan sepanjang persahabatan mereka.

Personaliti media sosial, Sarah Yasmine menjelaskan dakwaan kehadirannya ke rumah pelakon, Niezam Zaidi seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Menurut Sarah, kehadirannya di rumah Niezam sebelum ini bukanlah seperti yang digambarkan segelintir pihak, sebaliknya dia hanya membantu seorang sahabat yang sedang berdepan situasi sukar selepas berpindah ke kediaman baharu.

“Apabila dia berpisah secara rasmi pada waktu itu, dia juga baru sahaja berpindah rumah.

“Dia tidak tahu siapa yang perlu dihubungi dan ketika itu dia menghubungi saya menerusi Instagram kerana telefon bimbitnya mengalami masalah,” katanya.

Menurut Sarah, dia menerima panggilan tersebut selepas selesai bekerja dan merasakan Niezam benar-benar memerlukan seseorang untuk membantunya.

Disebabkan itu, Sarah mengambil keputusan untuk datang membantu mengemas kediaman berkenaan, namun menegaskan mereka tidak bersendirian sepanjang berada di situ.

“Saya baru habis kerja ketika itu. Niezam mesej dan menghubungi saya. Dia memang perlukan seseorang pada waktu tersebut. Dia turut bercerita mengenai keadaan rumahnya dan apa yang sedang dilaluinya,” ujarnya.

“Saya tidak meninggalkan kawan-kawan saya begitu sahaja.

“Saya pergi ke sana untuk membantu membersihkan rumahnya. Dan kami bukan berdua sahaja di rumah itu. Kawan-kawan dia yang lain juga ada bersama. Ini kawan-kawan yang saya selalu lepak juga. 

“Lepas kemas rumah, kami pergi main pickleball dan kami pergi makan,” jelasnya.

Tambah Sarah, selepas selesai mengemas, mereka keluar makan seperti kebiasaan dan menganggap hari tersebut sebagai sesuatu yang normal.

“Kami pergi makan selepas itu dan semuanya berjalan seperti hari biasa. Tidak ada apa-apa yang pelik atau istimewa. Ia cuma hari biasa bagi kami,” ujarnya. 

Mengulas lanjut mengenai dakwaan membawa cadar untuk membuat sesuatu yang tidak baik adalah tidak benar.

Dalam masa sama, Sarah menyifatkan Niezam sebagai seorang lelaki yang sangat menghormatinya dan sentiasa menjaga batas pergaulan sepanjang mereka berkawan.

“Rumahnya ketika itu masih bersepah kerana baru berpindah. Kerusi dan barang-barang masih belum tersusun. Dia beritahu saya tiada tempat untuk duduk dan bertanya sama ada saya mahu duduk di atas katil kerana itu satu-satunya tempat yang bersih ketika itu. 

“Dia seorang yang sangat menghormati saya. Kalau ada perkara yang tidak sesuai atau keadaan yang kurang selesa, dia akan memastikan saya tidak terlibat atau berada dekat dengan perkara tersebut. Itulah cara dia menjaga saya sebagai seorang kawan,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement