Skip to main content

Hiburan

Sarapan 'Nestum' Pun Dah Cukup, Bella Astillah Mula Sesuaikan Diri Di Rumah Suami - “YB Orang Yang Simple…”

Sarapan 'Nestum' Pun Dah Cukup, Bella Astillah Mula Sesuaikan Diri Di Rumah Suami - “YB Orang Yang Simple…”

Sekilas

  • Bella Astillah kini menyesuaikan diri dengan rutin baharu selepas berpindah ke rumah suaminya, Syed Saddiq, bersama dua anaknya.
  • Syed Saddiq berkongsi bahawa kehadiran isteri dan anak-anak membawa perubahan positif dalam kehidupan harian dan aktiviti keluarga mereka.
  • Pasangan ini selamat disatukan pada 10 Oktober lalu dan mengadakan majlis resepsi di MITEC dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah masih menyesuaikan diri dengan rutin baharu selepas seminggu bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Bella, dia bersama dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna kini berpindah ke kediaman suami untuk memulakan kehidupan berempat.

Advertisement

“Bella masih menyesuaikan diri sebab Bella berpindah ke rumah YB dengan anak-anak, jadi nak mulakan rutin baharu. Macam hanya kita berempat.

“Setakat ini alhamdulillah. Jauh lagi perjalanan kami, jadi Bella hanya inginkan yang terbaik, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada majlis resepsi mereka, baru-baru ini.

Berkongsi perkara baharu yang diketahui selepas tinggal sebumbung, Bella menyifatkan suaminya sebagai seorang yang ringkas terutama dalam soal sarapan.

Advertisement

Katanya, sangkaan perlu menyediakan hidangan seperti nasi lemak atau mi sup ternyata meleset apabila Syed Saddiq hanya memilih Nestum.

“YB orangnya sangat ringkas. Bella ingat kalau sarapan itu Bella kena siapkan nasi lemak atau mi sup, tetapi dia Nestum sahaja.

“Kadangkala kalau hujung minggu, penkek. Jadi mudahlah untuk Bella Astillah,” ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Syed Saddiq mengakui kehadiran isteri dan dua anak membawa perubahan besar dalam kehidupan hariannya meskipun baru seminggu mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, peluang menikmati sarapan bersama, menghantar anak ke sekolah serta meluangkan masa dengan keluarga menjadi antara perkara paling bermakna buat dirinya.

“Perbezaan paling besar dalam cara yang paling positif, bangun pagi ada isteri di sisi dan ada dua anak.

“Dapat sarapan bersama, hantar ke sekolah. Balik, kadangkala apabila penat daripada Parlimen, anak-anak akan sambut dan kami boleh bersenam bersama.

“Momen-momen kecil itulah yang membawa perubahan sangat besar,” katanya.

Ditanya sama ada berasa lega selepas selesai beberapa majlis perkahwinan, Syed Saddiq berkata, perasaan tersebut sudah hadir sebaik sahaja hubungan mereka sah sebagai suami isteri.

Ujarnya, segala yang menyusul selepas akad nikah merupakan bonus kepada permulaan kehidupan baharu bersama Bella dan anak-anak.

“Saya rasa perkataan lega itu digunakan sebaik sahaja hubungan kami sah dan halal selepas akad nikah minggu lepas.

“Apa yang datang selepas itu adalah bonus, permulaan hidup yang baharu. Kami sangat menantikannya, terutama dengan Ayden dan Ara. Saya rasa ini permulaan yang sangat istimewa bagi kami semua,” tuturnya.

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi pasangan yang dikenali sebagai BASS itu kemudian berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

In stock 24 hours delivery Men's Sports Shoes Men's casual shoes Korean style Men's height increasing shoes

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Natalie Comfy Fit Footbed Microfiber Leather Heels

Must Watch Video

Advertisement