Skip to main content

Filem

"Satu Almost Knock Out, Satu Lagi Benjol" - Aedy Ashraf

Astro Gempak aedy mierul

Sekilas

  • Aedy Ashraf berkongsi pengalaman kecederaan sebenar ketika menjayakan babak aksi dalam filem Tarung Unforgiven yang mendapat perhatian netizen kerana aksi pergaduhan yang realistik.
  • Filem Tarung: Unforgiven menampilkan barisan pelakon hebat dan akan mengadakan siri jelajah di beberapa lokasi utama di Malaysia sepanjang Mei 2026.
  • Filem ini akan ditayangkan di 148 pawagam bermula 7 Mei 2026 dan turut bekerjasama dengan jenama Kunafa Aiwahhh dan Nuhae untuk kempen promosi dan produk edisi terhad.

Aedy Ashraf berkongsi pengalaman mencabar ketika menjayakan babak aksi dalam filem Tarung Unforgiven selepas seorang netizen bertanya mengenai kecederaan yang mungkin berlaku sepanjang penggambaran.

Menerusi Threads, seorang pengguna mengakui tertanya-tanya sama ada pelakon benar-benar mengalami kecederaan ketika menjayakan adegan pergaduhan memandangkan aksi dalam drama tersebut kelihatan sangat realistik.

“Aku tengah terfikir. Diorang yang buat scene fight ni kan tak injured ke ek. Sebab aku tengok cerita Tarung Unforgiven semalam, fight dia bukan biasa biasa mat.

“Macam kalau gaduh tu dia dah naik isim. Tak fikir membe yang kena pukul. Haha,” tulis pengguna tersebut.

Menjawab persoalan itu, Aedy mendedahkan dia sendiri pernah mengalami kecederaan sebenar ketika penggambaran babak pertarungan.

“Bro, kau tengok benjol kat kepala aku last fight tu benjol betul tu. Kena penumbuk sulung @mierulaiman dua kali lagi.

“Satu almost knock out, satu lagi benjol. Tapi tu smua biasa, yang penting korang semua enjoy!” katanya.

Selain Aedy Ashraf dan Mierul Aiman, filem Tarung: Unforgiven turut dibintangi barisan pelakon hebat termasuk Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Sharifah Sakinah, Azira Syafinaz.

Barisan pelakon TARUNG: Unforgiven akan menemui peminat menerusi siri jelajah bermula 8 Mei.

Jelajah ini akan merangkumi lokasi-lokasi terpilih di Lembah Klang pada 9 dan 10 Mei, 15, 16, 17 Mei di Selatan, 22, 23, 24 Mei di Utara serta 29, 30, 31 Mei di Pantai Timur.

Karya ini turut memperlihatkan kolaborasi bersama Kunafa Aiwahhh sebagai Rakan Kunafa Rasmi dengan memperkenalkan edisi terhad Kunafa Tarung.

Diilhamkan daripada semangat pertarungan, edisi khas ini menggabungkan kunafa rangup bersama lapisan keju leleh dan sambal daging pedas.

Tidak ketinggalan, jenama Nuhae selaku Rakan Kesejahteraan Rasmi yang membantu memperluaskan capaian kepada penonton sasaran melalui pelaksanaan kempen video komersial.

Saksikan filem TARUNG: Unforgiven yang bakal ditayangkan di 148 buah pawagam bermula 7 Mei 2026.  

Sinopsis:

Hatta (Mierul Aiman) merupakan seorang bekas juara silat, diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi.

Namun, demi menyelamatkan kakaknya, dia menerima tawaran daripada Paduka Badrul (Zul Ariffin) untuk ke gelanggang haram.

Hatta tidak menyedari lawan yang menanti ialah Isa (Aedy Ashraf), sahabat lama yang kini menjadi musuh akibat dendam.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Must Watch Video

Advertisement