Skip to main content

Hiburan

“Satu Peluang Tak Disangka…” - Aina Abdul Imbau Momen Bersama Tun Dr Hasmah Di Langkawi

Aina Abdul

Sekilas

  • Penyanyi Aina Abdul mengenang pemergian Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebagai kehilangan besar selepas berpeluang bertemu Allahyarhamah pada 2023 di kediamannya di Langkawi.
  • Aina dan Haziq sempat berjam bersama Tun Dr Hasmah yang meminati lagu "Biarlah Bulan Bicara" semasa lawatan tersebut.
  • Aina menganggap Allahyarhamah sebagai insan yang sangat disayangi dan mendoakan agar rohnya ditempatkan di sisi Allah SWT.
Advertisement

Penyanyi Aina Abdul menyifatkan pemergian Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebagai satu kehilangan yang cukup dirasai, apatah lagi selepas pernah bertemu Allahyarhamah pada 2023.

 

Advertisement

Menurut Aina, pertemuan tersebut merupakan satu peluang yang tidak pernah disangka apabila dia bersama penyanyi Haziq diberi kesempatan berkunjung ke kediaman Tun Dr Hasmah di Langkawi.

 

“Kehilangan yang cukup terasa 💔 Kami memang pernah bertemu pada tahun 2023... satu peluang yang tidak disangka-sangka dan hanya datang sekali seumur hidup.

Advertisement

 

“Aina dan Haziq diberi peluang ke teratak Tun di Langkawi. The whole time I was starstruck. Sempat kita jamming beberapa lagu. 

 

“Tun memang suka muzik ❤️ lagu ini permintaan beliau… Biarlah Bulan Bicara,” kongsi Aina menerusi sosial media miliknya. 

 

Mengimbas kembali momen tersebut, penyanyi lagu Sadis itu turut menyifatkan Allahyarhamah sebagai seorang insan yang meninggalkan kesan mendalam buat semua orang. 

 

“Buat ramai, beliau adalah seorang seniwati yang begitu disayangi. To many too, beliau juga seorang ibu, seorang insan yang kehadirannya sentiasa terasa dekat di hati.

 

“Saya akan sentiasa mengingati kehangatan kehadirannya, senyumannya yang lembut, serta tangan yang begitu hangat yang pernah menggenggam tangan saya.

 

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau di tempat yang paling indah di sisi-Nya. Al-Fatihah. 🤍,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement