Skip to main content
Advertisement

Bollywood

"Saya Balik Kerja, Kemudian Menangis" - Aamir Khan

"Saya Balik Kerja, Kemudian Menangis" - Aamir Khan

Sekilas

  • Aamir Khan pernah melalui fasa paling mencabar dalam kerjayanya pada tahun 1990-an di mana dia sering pulang dari lokasi penggambaran sambil menangis kerana kecewa dengan prestasi lakonannya.
  • Dia mula hilang keyakinan diri dan tertanya-tanya sama ada dia benar-benar berbakat sebagai pelakon, namun tidak membiarkan tekanan itu menguasai dirinya.
  • Aamir mengambil keputusan untuk mendalami seni lakonan dengan lebih serius, yang akhirnya menjadi titik tolak kematangannya dan kejayaannya dalam industri perfileman India.
Advertisement

Superstar Bollywood, Aamir Khan mengakui pernah melalui fasa paling sukar dalam kerjayanya sehingga pulang dari lokasi penggambaran sambil menangis hampir setiap hari.

Berkongsi pengalaman itu ketika sesi perbincangan di BFI London Film Festival, Aamir berkata detik tersebut berlaku selepas kejayaan besar filem Qayamat Se Qayamat Tak (QSQT) pada 1988 yang melonjakkan namanya sebagai bintang baharu Bollywood. Namun, populariti itu tidak menjamin dia memperoleh tawaran daripada pengarah yang benar-benar diyakininya. 

Advertisement

"QSQT memang satu kejayaan besar. Saya menjadi bintang dalam sekelip mata. Tetapi ketika itu, kejayaan sebuah filem masih belum cukup untuk membuatkan pengarah kelas A mengambil saya dengan serius," katanya.

Disebabkan kurang pengalaman, Aamir mengikut trend ketika itu dengan menandatangani kontrak bagi lapan hingga 10 filem serentak. Namun, kebanyakan naskhah yang dipilih gagal di pawagam sehingga dia mula dilabel sebagai "one film wonder", iaitu pelakon yang hanya berjaya menerusi satu filem.

Tekanan itu akhirnya memberi kesan besar terhadap emosinya.

"Saya rasa seperti terperangkap dalam pasir jerlus. Setiap kali satu filem ditayangkan dan gagal, saya semakin tenggelam. Saya akan balik dari kerja dan menangis kerana saya benar-benar tidak gembira dengan hasil kerja saya," katanya.

Pengalaman itu membuatkan Aamir mengubah prinsip dalam memilih projek. Katanya, dia hanya akan menerima filem yang mempunyai skrip berkualiti dan pengarah yang benar-benar diyakininya.

Advertisement

Keputusan itu diuji apabila pengarah terkenal Mahesh Bhatt menawarkan sebuah filem ketika kerjayanya sedang merudum. Walaupun amat memerlukan pekerjaan, Aamir tetap menolak kerana tidak menyukai skrip berkenaan.

"Akal saya berkata terima sahaja kerana saya sangat memerlukan filem itu. Tetapi hati saya mengingatkan supaya jangan ulang kesilapan yang sama," katanya.

Menurut Aamir, keputusan berani itu menjadi titik perubahan terbesar dalam hidupnya sebelum kembali bangkit menerusi deretan filem hit seperti Dil, Lagaan, 3 Idiots, PK dan Dangal, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara pelakon terbaik Bollywood.

Sumber: Bollywood Hungama

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Must Watch Video

Advertisement