Skip to main content

Hiburan

“Saya Benar-Benar Menghormati Fazura & Amira Othman…” - Anzalna Minta Netizen Berhenti Cetus Sebarang Drama

Anzalna

Pelakon, Anzalna Nasir menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan sebarang drama atau perbandingan yang tidak perlu membabitkan aktres Fazura dan penyanyi Amira Othman.

Jelas Anzalna, kedua-dua selebriti itu adalah sahabat baiknya dan memilik keistimewaan masing-masing. 

“Janganlah kita mencetuskan drama yang tidak perlu. Saya benar-benar menghormati Fazura dan Amira Othman. Mereka berdua ada keistimewaan masing-masing dan wanita hebat. 

“Disebabkan itu saya bersyukur kerana menjadi sahabat mereka,” katanya.

Tambah Anzalna lagi, dia ikhlas mendoakan yang terbaik buat kedua-dua sahabatnya itu.

Pelakon drama Adam Hawa ini turut menyeru netizen agar lebih positif dan meraikan kebahagiaan masing-masing tanpa mencetuskan perbalahan.

“Saya ikhlas mendoakan yang terbaik buat mereka. Jadi marilah kita rasa gembira untuk semua orang,” tambahnya. 

Advertisement

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.

Terdahulu, pelakon Fattah Amin selamat bernikah dengan Amira Othman dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tree, Sepang, Selangor.

Majlis itu turut menyaksikan Anzalna hadir sebagai salah seorang pembawa dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan bersama selebriti lain seperti Ernie Zakri, Hawa Rizwana dan Nabila Razali.

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober lalu. 

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Must-Watch Video

Advertisement