Skip to main content

Hiburan

“Saya Berasa Sangat Tertekan Bila…” - Shila Amzah Pernah Pandang Remeh Soal Kesihatan, Sampai Berat Cecah 84 Kg

“Saya Berasa Sangat Tertekan Bila…” - Shila Amzah Pernah Pandang Remeh Soal Kesihatan, Sampai Berat Cecah 84 Kg

Sekilas

  • Shila Amzah pernah berasa tertekan apabila berat badannya mencecah 84 kg dengan ketinggian 165 cm, menyebabkan masalah sakit lutut dan buku lali.
  • Dia mengakui memandang remeh soal kesihatan terutama semasa PKP dan mengalami turun naik berat badan walaupun tidak pernah berhenti bersenam.
  • Sekarang, Shila lebih peka menjaga kesihatan dan berharap dapat kekal dengan berat badan yang lebih sihat serta istiqamah dalam usaha tersebut.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah mengakui dia pernah berasa tertekan kerana berat badannya mencecah 84 kilogram dengan ketinggian 165 cm dan menyebabkan dirinya mengalami masalah sakit lutut.

Menerusi hantaran di Threads, Shila berkata sebelum ini dia memandang remeh soal kesihatan terutama ketika zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Advertisement

“Saya berasa sangat tertekan apabila berat badan saya mencecah 84 kg dengan ketinggian 165 cm. Lutut sakit, ankle sakit. Dulu saya memandang remeh soal kesihatan. Zaman PKP memang waktu yang paling teruk.

“Saya jenis yang berat badan turun-naik (yoyo), tetapi saya tidak pernah berhenti bersenam.

Namun, stres memang puncanya, begitu juga dengan kurang tidur,” kongsinya.

Pada hantaran yang sama, Shila memberitahu dia kini lebih peka menjaga kesihatannya dan berharap tidak kembali ke berat badan dahulu.

“Disebabkan semua itu, saya kini lebih peka terhadap apa yang saya ambil ke dalam tubuh.

Saya tidak mahu lagi kembali ke berat badan dengan tinggi itu 😭 Doakan Sha terus istiqamah ya semua,” kongsinya .

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement