Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Bukan Insan Sempurna, Banyak Kekurangan" - Fieya Julia Rayu Netizen Jangan Sebar Gambar, Video Lama Tanpa Hijab

"Saya Bukan Insan Sempurna, Banyak Kekurangan" - Fieya Julia Rayu Netizen Jangan Sebar Gambar, Video Lama Tanpa Hijab

Sekilas

  • Penyanyi Fieya Julia memohon agar orang ramai tidak lagi berkongsi atau muat naik semula kandungan lamanya di media sosial.
  • Fieya mengakui dirinya tidak sempurna dan hanya mampu melakukan apa yang termampu mengikut kemampuan diri sendiri.
  • Permohonan itu disampaikan dengan cara baik tanpa menyalahkan mana-mana pihak dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Advertisement

Penyanyi Fieya Julia tampil membuat permohonan terbuka agar orang ramai tidak lagi berkongsi atau memuat naik semula kandungan lamanya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafieya Julia Abdul Rahim mengakui dirinya bukanlah seorang insan yang sempurna dan masih mempunyai banyak kekurangan serta kelemahan.

Advertisement

Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Perasaanku’ itu menjelaskan bahawa dia hanya mampu melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.

“Saya bukan insan yang sempurna, malah banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya.

“Mana yang saya mampu, saya buat. Tapi mana di luar kemampuan saya, saya minta sangat jasa baik kawan-kawan janganlah share atau upload lagi content-content lama masa saya freehair,” tulisnya.

Dalam masa sama, Fieya turut menyampaikan permohonan itu dengan cara yang baik tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Setakat ini, perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement