Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Cuma Harap Doa Yang Terbaik" - Nubhan

nubhan_cerai

Kelibat penyanyi Nubhan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Sepang mencuri tumpuan bagi tujuan sebutan penceraian, hari ini.

Nubhan atau nama penuhnya Ahmad Nubhan Ahamad tiba di mahkamah sekitar pukul 9.41 pagi lengkap berpakaian sut hitam

"Saya cuma mengharapkan doa yang terbaik. Saya tak dapat beri jawapan buat masa sekarang," kata ringkas Nubhan.

Advertisement

Terdahulu, penyanyi Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfekz

Perkara itu dikongsikan sumber terdekat pasangan terbabit yang memaklumkan permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan.

Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.

Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Must-Watch Video

Advertisement