Skip to main content

Hiburan

“Saya Dah Give Up Nak TTC…” - Janna Nick

“Saya Dah Give Up Nak TTC…” - Janna Nick

Sekilas

  • Janna Nick meluahkan kekecewaan selepas menerima kritikan mengenai bentuk badannya di media sosial.
  • Pelakon itu menjelaskan dia sedang mengambil hormon dan berusaha untuk hamil sebelum memutuskan untuk berhenti mencuba.
  • Janna kini fokus untuk menurunkan berat badan selepas menamatkan usaha untuk conceive.
Advertisement

Selebriti versatil, Janna Nick meluahkan rasa kecewa selepas bentuk badannya menjadi sasaran kritikan sebuah akaun di media sosial.

Menerusi Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner tampil memuat naik tangkap layar memaparkan hantaran dibuat akaun berkenaan sambil meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap postingan tersebut.

Advertisement

“Memang dasar hati hitam! Kalau saya gemuk dan tembam sekali pun, awak ke yang kena peluk cium saya?

“Suami aku elok je puji, kau nak lebih apehal. Boleh tak stop komen pasal bentuk fizikal saya. Berapa kali nak cakap? Saya makan hormon dan sedang trying to conceive (TTC).

“Jangan ganggu saya kalau tembak ke, gemuk ke buruk sekali pun,” luahnya.

Advertisement

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini kemudiannya menyorot perhatian apabila memaklumkan dia sudah berputus asa untuk TTC.

Ujar Janna, dia kini hanya mahu memberikan fokus dan sepenuh perhatian untuk proses mengurangkan berat badan.

“Mulai hari ini, saat ini. Saya dah give up nak TTC. Saya secara rasminya menamatkan perjalanan TTC dan akan mulakan misi untuk kurus.

“Terima kasih kepada individu mulut hangsuang yang tak habis-habis bercakap pasal bentuk badan saya.

“Semoga puas hati sekarang,” luahnya lagi.

Untuk rekod, Janna Nick berkahwin dengan pelakon Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement