Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Dah Tak Takut Ambil Wuduk" - Jamilul Hayat

ASTRO GEMPAK pakhayat

Sekilas

  • Pak Hayat, pengurus peserta TTMM2 dan usahawan nasi lemak di Ipoh, menghadapi masalah pernafasan yang serius sebelum menyertai program tersebut.
  • Sepanjang TTMM2, beliau menerima sokongan kesihatan dan bimbingan gaya hidup yang membantu meningkatkan tahap oksigen dan fungsi pernafasan secara signifikan.
  • Kini, Pak Hayat lebih aktif dan yakin, serta akan meneruskan pemulihan dengan sokongan berterusan selama enam bulan selepas program tamat.
Advertisement

Perjalanan Jamilul Hayat atau lebih dikenali sebagai Pak Hayat sepanjang program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) menjadi antara kisah yang paling mencuri perhatian penonton.

Bukan sahaja memainkan peranan sebagai pengurus kepada peserta, Hussain, Pak Hayat turut berdepan cabaran kesihatan yang memberi kesan besar kepada kehidupan hariannya.

Advertisement

Mengusahakan perniagaan nasi lemak bersama isteri di Ipoh, Pak Hayat sebelum ini mengakui sering berdepan masalah pernafasan sehingga menyebabkan beliau mudah semput dan cepat letih.

Malah, beliau turut berkongsi rasa bimbang yang sering menghantui dirinya setiap kali bangun pada waktu pagi.

“Setiap kali saya bangun pagi untuk ambil wuduk di waktu Subuh, saya mesti menjerit ketakutan. Takut sesak nafas,” katanya.

Sepanjang penyertaannya dalam TTMM2, Pak Hayat menerima pelbagai bentuk sokongan termasuk pemantauan kesihatan, bimbingan gaya hidup dan galakan untuk menjalani aktiviti fizikal secara lebih konsisten.

Perubahan yang ditunjukkan turut mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat semakin aktif dan yakin berbanding ketika minggu-minggu awal program.

Jika sebelum ini Pak Hayat sering menggunakan tongkat untuk bergerak, keadaan itu semakin berubah apabila beliau mampu berjalan dengan lebih selesa malah tampil berjoget dan menyanyi di pentas pada episod akhir program.

Menurut Pengasas Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, perkembangan Pak Hayat menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berdasarkan pemantauan yang dijalankan.

“Kepekatan oksigen Pak Hayat meningkat daripada 88 peratus kepada 96 peratus, manakala bacaan digital spirometer turut menunjukkan peningkatan daripada sekitar 280 mililiter kepada 420 mililiter,” katanya.

Bagi Pak Hayat, perubahan yang dilaluinya bukan sekadar memberi kesan kepada tahap kesihatan fizikal, malah membantu beliau menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan positif.

“Bangun pagi rasa macam orang baharu. Yang penting, saya dah tak takut nak ambil wuduk,” ujarnya.

Walaupun TTMM2 telah melabuhkan tirai, Pak Hayat bakal meneruskan perjalanan pemulihannya dengan sokongan berterusan selama enam bulan menerusi program kesedaran kesihatan yang merangkumi konsultasi, bimbingan gaya hidup dan pemantauan berkala.

Kisah Pak Hayat menjadi bukti bahawa dengan usaha, sokongan dan semangat untuk berubah, cabaran kesihatan bukanlah penghalang untuk seseorang meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Anda mungkin berminat dengan

Warm Thermal Underwear for Women Thickened Berber Fleece Long John Women's Thermal Wear Set Lamb Cashmere for Winter Autumn

Warm Thermal Underwear for Women Thickened Berber Fleece Long John Women's Thermal Wear Set Lamb Cashmere for Winter Autumn

Leggings for women Kain cotton stratchble size s.m.L.xl.xxl. all ready stock di malaysiya

Leggings for women Kain cotton stratchble size s.m.L.xl.xxl. all ready stock di malaysiya

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Wool Socks Extra Thick Men Women Winter Velvet Warm Fleece Socks Soft Casual Socks Cold Resistant Cashmere Socks Medium Length Socks

Wool Socks Extra Thick Men Women Winter Velvet Warm Fleece Socks Soft Casual Socks Cold Resistant Cashmere Socks Medium Length Socks

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Must Watch Video

Advertisement