Skip to main content

Hiburan

"Saya Faham Perasaan Aprena & Sentiasa Doakan Untuk Semua Yang Menantikan Cahaya Mata" - Nelydia Senrose

Nelydia Senrose

Sekilas

  • Datin Nelydia Senrose menjelaskan ciapan sepupunya, Aprena Manrose, mengenai usaha mereka mendapatkan cahaya mata adalah luahan pengalaman bersama dalam perjalanan TTC (Trying To Conceive).
  • Mereka sering berkongsi cerita dan bertukar pandangan tentang kesihatan dan usaha untuk mendapatkan zuriat selepas berkahwin.
  • Nelydia mendoakan agar semua pasangan yang menantikan cahaya mata dipermudahkan dan menekankan pentingnya mendoakan kebaikan untuk orang lain sebagai satu doa balik untuk diri sendiri.

Pelakon, Datin Nelydia Senrose tampil memberikan penjelasan mengenai ciapan dibuat sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose, mengenai perjalanan mereka dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Menurut Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, ciapan Aprena itu hanyalah sekadar luahan mengenai mereka yang sebelum ini pernah melalui fasa tersebut selepas mendirikan rumah tangga.

Ujar pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cina itu, mereka sering berkongsi cerita serta bertukar pandangan mengenai usaha yang boleh dilakukan untuk mendapatkan zuriat.

“Bila saya dan dia dah berkahwin, kami sama-sama menantikan kehadiran zuriat. Kita sama-sama in this journey itu sebenarnya maksud hantaran yang dibuat Aprena.

“Kiranya macam tahun pertama tak dapat lagi, tahun kedua pun masih serupa.. so we always talk about it tentang kesihatan, apa yang perlu kami buat?," katanya kepada Gempak.

Nelydia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran Senyawa bertempat di KLGCC, Kota Damansara, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Nelydia berkata dia amat memahami perasaan yang sedang dialami Aprena kerana mereka pernah melalui pengalaman yang hampir sama sebelum ini.

"Ciapannya itu bermaksud, selama ni kita ada topik yang sama untuk bercakap dan alhamdulillah, dah sampai masa Allah berikan saya keizinan untuk merasa kehamilan ini.

“Jadi saya faham perasaan dia. Dan pasal TTC journey itu, mungkin dia bermaksud pasal pengharapan kita sebelum ini yang kita sama-sama kongsikan," katanya lagi.

Sementara itu, Nelydia sempat menitipkan kata-kata semangat buat Aprena serta mendoakan agar urusan mana-mana pasangan yang sedang menantikan zuriat dipermudahkan.

“Saya sentiasa mendoakan bukan untuk dia saja tetapi untuk semua orang yang masih menantikan cahaya mata.

“Saya sentiasa mendoakanlah benda tu sebab saya tahu perasaan macam mana bila kita berkahwin/bila sesebuah pasangan tu mestilah kita menantikan zuriat kita sendiri kan.

"Dan one of the reason juga saya berfikir,  mungkin salah satu asbab juga.. ni saya tak tahu lah maksudnya, tapi one of the asbab pun mungkin kalau kita mendoakan untuk orang, Allah akan mendoakan kita balik.

“Sebab tu saya rasa salah satu adalah kita sentiasa mendoakan untuk orang bukan untuk diri kita sahaja. Mendoakan kebaikan orang lain manalah tahu rezeki kita doa untuk orang tu, kita punya turn pula selepas itu," ujarnya.

Terdahulu, Aprena menyorot perhatian apabila memaklumkan bahawa dia dan Nelydia pernah melalui proses ‘Trying To Conceive’ (TTC) bersama-sama.

Aprena kemudiannya meluahkan rasa pilu kerana hanya dirinya seorang dalam kalangan sepupu yang masih belum dikurniakan cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must-Watch Video

Advertisement