Skip to main content

Hiburan

“Saya Gembira & Suka Berkawan Dengan Dia” - Siti Khadijah

“Saya Gembira & Suka Berkawan Dengan Dia” - Siti Khadijah

Sekilas

  • Pelakon Siti Khadijah bersyukur gandingan bersama Amir Ahnaf dalam drama Cinta Dalam Sekam masih mendapat perhatian peminat walaupun drama itu sudah tamat.
  • Siti mengakui budaya ‘shipping’ memang biasa berlaku dan mereka terpaksa kurangkan interaksi di media sosial kerana tekanan daripada perhatian peminat yang berlebihan.
  • Dia juga menasihatkan peminat supaya tidak terlalu berharap pada hubungan mereka bagi mengelakkan kekecewaan jika ‘kapal’ yang diharapkan tidak berlabuh.
Advertisement

Pelakon Siti Khadijah bersyukur gandingannya bersama Amir Ahnaf menerusi drama Cinta Dalam Sekam mendapat sambutan sehingga masih menjadi bualan peminat biarpun naskhah tersebut sudah berakhir.

Menurut Siti, budaya ‘shipping’ atau menjodohkan pasangan pelakon bukanlah perkara asing setiap kali sesebuah drama berjaya mencuri perhatian penonton.

Advertisement

“Saya rasa itu lumrah bagi semua pelakon apabila kita buat drama. Mesti akan ada ‘shipping culture’.

“Sebelum ini pun ada projek yang orang ‘ship’ saya dengan pelakon lain. Benda ini akan datang dan pergi,” katanya.

Malah, Siti mengakui terharu apabila keserasian bersama Amir meninggalkan impak besar sehingga peminat masih memperkatakan mengenai mereka.

Advertisement

“Mungkin ‘chemistry’ kami terlalu melonjak-lonjak sampai cerita dah lama habis pun orang masih bercakap tentang kami.

“Terima kasih banyak-banyak. Saya bersyukur orang nampak perkara itu. Saya pun gembira dan suka berkawan dengan Amir,” ujarnya.

Dalam masa sama, Siti mendedahkan perhatian berlebihan peminat adakalanya membuatkan mereka berdua tertekan sehingga mengambil keputusan untuk mengurangkan interaksi secara terbuka dalam media sosial.

Katanya, perkara tersebut berlaku apabila setiap perkongsiannya sering dikaitkan dengan Amir termasuk ada peminat yang menunggu aktor berkenaan meninggalkan komen.

“Saya fikir Amir rasa tertekan. Saya muat naik gambar sahaja, orang akan tag dia dan tanya bila Amir nak komen. Dia pula fikir saya yang tertekan.

“Jadi, kami mengambil inisiatif untuk tidak terlalu menunjukkan interaksi. Saya dengan kawan-kawan memang suka komen dan bergurau, tetapi kali ini orang terlalu ‘ship’ sampai saya dah takut,” katanya.

Siti bagaimanapun sempat berseloroh meminta peminat tidak terlalu meletakkan harapan terhadap hubungan mereka kerana bimbang akan kecewa sekiranya ‘kapal’ yang diharapkan tidak berlabuh.

“Jangan terlalu sangat (ship). Tiba-tiba tak menjadi, kapal tak berlabuh, orang juga yang sedih.

“Kalau berlabuh? Anda semua dijemput,” selorohnya.

Anda mungkin berminat dengan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement