Skip to main content

Hiburan

"Saya Ingat Sampai Bila-Bila..." - Hussain

Menerusi satu hantaran di Threads, Hussain juga menghargai segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2) baru-baru ini.

Sekilas

  • Hussain dari Big Stage Rocketfuel mengucapkan terima kasih kepada bekas pengurusnya, Sir Brian, atas segala bimbingan dan sokongan sepanjang mereka bekerjasama.
  • Hussain juga memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang tempoh mereka bekerja bersama dan menghargai segala ilmu yang diterima.
  • Sir Brian mengumumkan dia tidak lagi menguruskan Hussain untuk fokus pada kerjayanya sendiri, dan segala urusan Hussain kini diuruskan oleh pengurus baru.
Advertisement

Peserta Big Stage Rocketfuel, Hussain menzahirkan ucapan terima kasih buat bekas pengurusnya, Sir Brian selepas mengumumkan tidak lagi menguruskan perjalanan kariernya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Hussain juga menghargai segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang menyertai program Talk To My Manager 2 (TTMM2) baru-baru ini.

Advertisement

"Terima kasih, Sir Brian (Abang Aedy), atas segala tunjuk ajar, kesabaran dan kepercayaan yang diberikan kepada saya sepanjang TTMM2.

"Saya juga ingin memohon maaf jika ada salah silap atau kekurangan daripada diri saya sepanjang kita bekerja bersama. Segala ilmu dan nasihat Abang Aedy akan saya hargai dan ingat sampai bila-bila. Terima kasih atas segalanya," tulisnya.

Terdahulu, Sir Brian mencuri perhatian apabila mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan menguruskan Hussain kerana ingin memberi tumpuan kepada perkembangan kerjayanya sendiri.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, Sir Brian turut memaklumkan bahawa sebarang urusan berkaitan persembahan, jemputan dan jadual kerja Hussain selepas ini boleh dirujuk kepada pengurus baharunya.

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement