Skip to main content

Hiburan

“Saya Mahu Kejutkan Anak, Beritahu Bapanya Tercalon Golden Bell” – Jack Tan

“Saya Mahu Kejutkan Anak, Beritahu Bapanya Tercalon Golden Bell” – Jack Tan

Sekilas

  • Pelakon Jack Tan teruja selepas namanya tercalon dalam Anugerah Golden Bell ke-61 menerusi lakonannya dalam The Prisoner’s Son.
  • Jack berkongsi rasa syukur kepada pengarah, barisan pelakon dan kru yang memberi kepercayaan untuk watak Gao Zhiyao dalam drama tersebut.
  • Jack juga membintangi filem aksi tempatan TERBANG yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 17 September ini.
Advertisement

Pelakon Jack Tan tidak dapat menyembunyikan keterujaan selepas namanya tercalon dalam Anugerah Golden Bell ke-61 menerusi lakonannya dalam The Prisoner’s Son.

Jack atau nama sebenarnya Chen Zeyao berkata, antara perkara pertama yang terlintas di fikirannya adalah mahu berkongsi berita gembira tersebut dengan anak perempuannya.

Advertisement

 

 “Saya teruja dan gembira! Saya mahu kejut anak perempuan saya dan memberitahunya bahawa bapanya telah dinominasikan untuk Anugerah Golden Bell ke-61.

 

Advertisement

“Sangat jarang untuk dinominasikan ke Anugerah Golden Bell, jadi saya akan berkongsi kegembiraan ini dengan perasaan seperti sudah menang,” katanya menerusi perkongsian dalam media sosial.

Dalam masa sama, Jack turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk membawakan watak Gao Zhiyao dalam The Prisoner’s Son.

“Saya mesti mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menonton The Prisoner’s Son kerana kepercayaan anda.

“Terima kasih kepada pengarah, barisan pelakon dan semua kru di belakang tabir. Saya menikmati masa yang hebat memainkan watak dalam karya ini dan saya rindukan kehidupan ketika menjayakannya,” ujarnya.

Bagi Jack, pencalonan tersebut merupakan satu bentuk pengiktirafan berharga yang menjadi pembakar semangat untuk terus mencabar kemampuan dirinya sebagai pelakon.

“Dinominasikan adalah pengiktirafan yang berharga dan saya akan terus mencabar diri dengan lebih banyak watak berbeza supaya semua orang dapat melihat lebih banyak sisi Chen Zeyao,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Jack turut membintangi filem aksi tempatan TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Dalam filem tersebut, Jack membawakan watak Lee Wai Kitt, seorang pemandu muda yang bergandingan dengan Ajeet dalam mengharungi cabaran dunia perlumbaan rali.

TERBANG yang turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon dan Diana Danielle bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement