Skip to main content

Viral

"Saya Masih Cuba Menghadam Semua" - JessC Dinobat World Artist Of The Year, Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

"Saya Masih Cuba Menghadam Semua" - JessC Dinobat World Artist Of The Year, Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Antarabangsa

Sekilas

  • Penyanyi JessC dinobatkan sebagai World Artist of the Year pada Josie Music Awards ke-12 di Amerika Syarikat, mengalahkan lebih 100,000 penyertaan dari 40 negara.
  • JessC menerima pengiktirafan dalam tiga kategori termasuk Social Impact Song of the Year dan Social Impact Video of the Year menerusi lagu 'One Chance'.
  • Beliau menganggap kemenangan ini sebagai permulaan baru dan berterima kasih kepada pasukan serta peminat yang menyokong perjalanan seninya.
Advertisement

Penyanyi JessC mencatat satu lagi pencapaian dalam kerjaya seninya apabila dinobatkan sebagai World Artist of the Year pada Josie Music Awards edisi ke-12 di Amerika Syarikat.

Majlis yang berlangsung di Grand Ole Opry House, Nashville, Tennessee pada 20 September lalu itu menyaksikan JessC menerima pengiktirafan berkenaan selepas bersaing dalam anugerah yang menerima lebih 100,000 penyertaan daripada artis di lebih 40 negara.

Advertisement

Kemenangan tersebut cukup bermakna buat JessC yang selama ini membina kerjaya muzik merentas pasaran antarabangsa menerusi karya dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu.

Malah, JessC mengakui masih cuba menghadam pencapaian tersebut kerana tidak pernah menyangka perjalanan muziknya akan membawanya mewakili Australia, Malaysia dan Asia di pentas antarabangsa.

“Saya masih cuba menghadam semuanya... Sejak kecil, saya menyimpan impian untuk suatu hari nanti dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara saya.

“Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan berpeluang mewakili Australia, Malaysia dan Asia di pentas antarabangsa,” katanya.

Selain membawa pulang World Artist of the Year, JessC turut menerima dua pencalonan menerusi lagu ‘One Chance’ masing masing bagi kategori Social Impact Song of the Year dan Social Impact Video of the Year. Secara keseluruhan, penyanyi itu menerima pengiktirafan dalam tiga kategori pada edisi kali ini.

Advertisement

Bagi JessC, kejayaan tersebut bukanlah hasil usahanya seorang, sebaliknya turut didorong kerja keras pasukan antarabangsa yang selama ini terlibat dalam penerbitan muzik, video muzik dan promosi kerjayanya.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada pasukannya di Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, Jepun, Indonesia, Taiwan, Singapura, Malaysia serta beberapa negara lain.

Dalam pada itu, JessC tidak melihat kemenangan tersebut sebagai kemuncak kerjayanya, sebaliknya permulaan kepada perjalanan yang lebih besar.

“Saya tahu masih banyak yang perlu saya pelajari, dan masih banyak ruang untuk saya terus berkembang. Ini bukan penamat. Ini permulaan kepada satu bab yang baharu,” ujarnya.

JessC turut mendedikasikan kemenangan itu kepada keluarga, pasukan serta peminat yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perjalanan seninya.

“Kasih sayang, dorongan, sokongan dan kepercayaan anda memberi saya kekuatan untuk terus melangkah.

“Jadi, apabila saya melihat anugerah ini, saya tidak hanya melihat nama saya. Saya melihat anda,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement