Sekilas
- Sweet Qismina kecewa dengan komen negatif netizen yang mengkritik bentuk badan suaminya, Adam Lee, yang kelihatan kurus daripada biasa.
- Adam turun berat badan secara intensif untuk persiapan acara sukan tempur Fight Fury Redemption, dan kesihatannya masih dalam keadaan baik.
- Sweet berharap netizen menggunakan media sosial dengan lebih berhati-hati dan tidak mengganggu mental orang lain dengan komen yang tidak berasas.
Pelakon Sweet Qismina mengakui dia terkesan dengan komen-komen negatif netizen yang mengkritik bentuk badan suaminya, aktor Adam Lee yang dilihat kurus daripada kebiasaan.
Menurut Sweet, dia menganggap komen yang mempertikaikan penurunan berat Adam tanpa mengambil tahu sebab utama itu mengjengkelkannya.
“Sebab kita tahu Adam turun berat badan bawah daripada dia punya berat normal, 71 itu memang buat dia nampak cengkung. Jadi memang kita tahu benda itu orang akan bertanya.
“Merisaukanlah orang punya persepsi. Tapi bila melampau sangat, yang sampaikan kau tak buat research, tak check, banyak benda yang dipertikaikan, mulut tak jaga.
“Pada saya agak menjengkelkan la. Jadi, apa-apa sebelum nak cakap tu buat research dulu. Walaupun dia kurus nampak tak elok, tak perlu kot cakap.
“Sebab saya saja yang tahu dia punya penat lelah. Sama juga macam Alif, isteri dia pun mesti risau. Kita belakang tabir saja tahu apa yang berlaku,” kata Sweet kepada Gempak.
Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM34) ini berharap netizen menggunakan sosial media dengan cara baik.
“Tak pernah lagi nampak saya mengamuk kan. Saya memang sangat marah, kalau saya jumpa orang tu depan-depan, saya akan tegur. Sebab rasa macam ia melampau.
“Sepatutnya guna sosial media sebaik mungkin, bukan untuk kacau mental orang. Itu bukan cara terbaik, sebab kalau awak di tempat kami, awak pun tak boleh terima.
“Tak mampu nak hadap situasi seperti ini. Jadi, tolong pilih perkataan sebaiknya di sosial media,” ujarnya.
Sebelum ini, Sweet tampil memberikan penjelasan berhubung perubahan fizikal Adam Lee, selepas timbul pelbagai spekulasi dan komen negatif mengenai penampilan suaminya yang dilihat semakin kurus dan cengkung.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Sweet menjelaskan keadaan tersebut berlaku kerana Adam menjalani proses penurunan berat badan secara intensif bagi persiapan menyertai acara sukan tempur, Fight Fury Redemption.
Sweet turut menegaskan bahawa keadaan kesihatan Adam berada dalam keadaan baik dan tidak seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.