Skip to main content

Hiburan

“Saya Memang Sudah Sangat Penat…” - Mafarikha

“Saya Memang Sudah Sangat Penat…” - Mafarikha

Sekilas

  • Mafarikha mengakui kecewa dengan persembahan separuh akhir Asia’s Got Talent kerana keadaan penat akibat persiapan yang panjang dan melelahkan.
  • Beliau memulakan persiapan sejak pagi dengan solekan dan pakaian berat sebelum naik pentas pada malam hari dalam keadaan sangat letih.
  • Pilihan lagu untuk persembahan bukan sepenuhnya di tangan Mafarikha, di mana lagu 'Hero' dipilih walaupun dia lebih suka menyanyikan 'I Have Nothing'.
Advertisement

Penyanyi, Mafarikha mengakui dirinya turut kecewa dengan persembahan di peringkat separuh akhir ketika menyertai Asia’s Got Talent satu ketika dahulu.

Menurut Mafarikha, terdapat beberapa perkara di sebalik tabir yang menyebabkan dirinya berada dalam keadaan sangat penat sebelum tampil di atas pentas.

Advertisement

“Ketika saya berada di Asia’s Got Talent, ramai yang kecewa ketika persembahan separuh akhir saya. Sejujurnya, saya pun frustrated dengan persembahan itu sebab persiapan di belakang tabir memang sangat memenatkan.

“Jam 11 pagi saya sudah siap dengan solekan, memakai pakaian yang berat dan kasut tumit tinggi untuk sesi temu bual.

“Sekitar jam 8 malam barulah saya naik ke pentas untuk membuat persembahan. Ketika itu, saya memang sudah sangat penat,” katanya.

Dalam pada itu, Mafarikha turut mendedahkan pilihan lagu untuk persembahan berkenaan bukan sepenuhnya berada di tangannya.

“Saya ketika itu hanya diberikan empat pilihan lagu.

“Lagu Hero itu pun bukan pilihan saya. Saya sebenarnya mahu menyanyikan I Have Nothing, tetapi disebabkan banyak rancangan Got Talent sudah menggunakan lagu itu, mereka tidak membenarkannya,” ujarnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement