Skip to main content

Hiburan

“Saya Memang Tak Suka Kongsi Tentang Alexander, Tak Nak Orang Kata Saya Raih Simpati” – Naqiu

Astro Gempak 356

Sekilas

  • Naqiu berkongsi luahan perasaannya tentang anak keempatnya, Wan Alexander Putra, yang merupakan anak istimewa, dalam podcast bersama Datuk Aznil Haji Nawawi.
  • Dia menjelaskan luahan itu bukan kerana ingin meraih simpati, tetapi kerana bimbang tentang masa depan anaknya jika dia tiada kelak.
  • Naqiu juga memohon maaf kepada isterinya kerana tidak pernah berkongsi perasaan tersebut sebelum ini, walaupun mereka sama-sama memahami situasi anak mereka.

Penyanyi Naqiu menjelaskan luahannya mengenai anak keempatnya, Wan Alexander Putra sebelum ini di podcast bersama Datuk Aznil Haji Nawawi di podcast Kita-Kita Aje sebenarnya sudah lama dipendam.

Jelas Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 39, apa yang dikongsikan itu bukanlah kerana bersikap pentingkan diri, sebaliknya didorong rasa bimbang terhadap masa depan anak istimewanya itu.

“Saya nak jelaskan, bukan saya selfish. Segalanya tentang anak saya.

“Saya fikir kalau saya sudah tiada nanti, hanya saya dan ibu dia sahaja yang benar-benar faham dia,” katanya.

Tambahnya, setiap anak istimewa mempunyai keperibadian tersendiri yang sukar difahami orang lain walaupun oleh pakar.

“Setiap anak istimewa ada perangai sendiri. Kita tahu cara nak tenangkan dia, tahu bila dia tak selesa.

“Sebab itu kami rasa ragu-ragu, bukan tak percaya orang lain, tapi kami lebih rela dia pergi dulu sebelum kami,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Naqiu berkata dia sendiri tidak menjangka akan ditanya soalan berkaitan perkara tersebut sehingga menyebabkan luahan itu keluar secara spontan.

“Saya tak bersedia apa-apa. Apa yang keluar itu memang apa yang saya rasa dan sudah lama pendam.

“Saya memang tak suka berkongsi tentang Alexander sebab tak nak orang kata saya meraih simpati,” jelasnya.

Menurutnya lagi, selama ini dia hanya berkongsi tentang jumlah anak tanpa mendedahkan bahawa salah seorang daripadanya merupakan anak istimewa.

“Saya selalu cakap saya ada enam anak, tapi tak pernah cerita secara terperinci.

“Tapi bila ditanya, saya terus terbayang kalau saya tak ada nanti, itu yang terkeluar,” katanya.

Dalam masa sama, Naqiu turut memohon maaf kepada isterinya, Hanisah Zuhari kerana tidak pernah berkongsi perasaan tersebut sebelum ini.

“Saya minta maaf dengan isteri sebab tak pernah luahkan perkara ini.

“Tapi dia faham, malah dia pun rasa perkara yang sama sebab dia yang bersama anak 24 jam,” ujarnya.

Terdahulu, Naqiu tidak dapat menahan air mata apabila berkongsi kisah anak keempatnya itu sehingga menyatakan hasrat agar anaknya pergi dahulu sebelum dirinya.

Untuk rekod, Naqiu mendirikan rumah tangga dengan Hanisah pada 2011 dan pasangan itu dikurniakan enam orang cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement