Skip to main content

Hiburan

“Saya Menangis Dua Minggu…” - Intan Maya Kecil Hati Nyanyian Cinta Tersimpul Rapi Dibandingkan Dengan Versi AI

Astro Gempak 369

Sekilas

  • Penyanyi muda Intan Maya terkilan apabila nyanyiannya dalam lagu Cinta Tersimpul Rapi sering dibandingkan dengan versi AI yang dianggap lebih sempurna.
  • Intan menjelaskan perbandingan itu tidak adil kerana manusia dan teknologi berbeza dari segi emosi dan penyampaian lagu.
  • Walaupun menerima komen negatif yang memberi kesan emosi, sokongan orang sekeliling membantu Intan terus kuat dan bangkit semula.

Penyanyi muda, Intan Maya mengakui terkilan apabila nyanyiannya menerusi lagu Cinta Tersimpul Rapi sering dibandingkan dengan versi kecanggihan kecerdasan buatan (AI).

Intan atau nama sebenarnya Intan Normayasari, 21, berkata setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, termasuk dirinya yang masih mencari identiti dalam industri.

“Semua penyanyi ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, sama seperti saya. Sebagai penyanyi baharu, saya masih lagi mencari identiti sendiri.

“Kalau dibandingkan, AI memang sempurna. Macam lagu Cinta Tersimpul Rapi, orang tak akan dengar yang salah sebab AI akan memperbaiki lagu itu sampai kadangkala jadi tak logik,” katanya.

Menurutnya, perbandingan tersebut tidak adil kerana manusia dan teknologi mempunyai perbezaan ketara dari segi emosi dan penyampaian.

“Saya dan penyanyi lain cuba bawakan lagu ini dengan baik, tapi masih ada yang kata tak sama macam AI. Saya tak terima pandangan itu sebab AI sempurna manakala kita manusia,” ujarnya.

Intan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Suria Records di Rumah Abang Jamil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, komen negatif yang diterima turut memberi kesan emosi sehingga dia pernah menangis selama dua minggu.

“Ya, saya kecil hati. Saya pelajar bidang muzik dan tahu proses untuk hasilkan lagu itu sangat panjang. Tapi sekarang hanya di hujung jari dah boleh hasilkan dengan cepat.

“Saya menangis dua minggu. Kadang-kadang bila tengah kerja saya gembira, tapi bila buka telefon nampak orang kecam,” katanya.

Bagaimanapun, Intan mengakui sokongan daripada orang sekeliling menjadi kekuatan untuknya bangkit semula.

“Sokongan daripada orang sekeliling yang buat saya kuat untuk teruskan,” jelasnya.

Terdahulu, lagu tersebut kembali popular sebelum pihak Suria Records mengambil keputusan merakamkan semula karya ciptaan Dr Azmeer Abu Bakar dan lirik oleh Lukhman S dengan memberi kepercayaan kepada Intan untuk menyanyikannya.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must Watch Video

Advertisement