Sekilas
- Cik B, anak kepada Datuk Seri Vida, menyesal kerana sudah lama tidak berjumpa dengan bapanya, Allahyarham Mohd Amin Yasin sebelum pemergiannya baru-baru ini.
- Dia berkongsi bahawa kali terakhir bertemu arwah bapanya adalah sewaktu kecil dan menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga hubungan dengan ibu bapa.
- Cik B mengingatkan supaya walaupun hubungan tidak baik, cubalah berhubung semula kerana ibu bapa tetap insan penting dalam hidup kita.
Anak kepada usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mengakui menyesal kerana sudah lama tidak berjumpa dengan bapa kandungnya iaitu Allahyarham Mohd Amin Yasin sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir pada minggu lalu.
Menerusi satu video yang dimuat naik DSV di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan bahawa kali terakhir dia berjumpa arwah bapanya itu adalah sewaktu dia masih kecil.
““Ayah absent, ke mak absent ke cubalah telefon mereka jangan sampai bila mereka dah tak ada baru kita nak cari. Itu adalah penyesalan Cik B.
“Macam saya, saya menyesal sebab bila ayah dah tak ada baru dapat jumpa. Sebelum ini tak jumpa, kali terakhir saya jumpa adalah waktu kecil.
“Dia tetap ayah Cik B, dan penyesalan itu tiada penghujung,” kongsinya.
Sehubungan dengan itu, alumni program Talk To My Manager musim kedua ini menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa serta menghargai dua insan itu selagi masih ada.
“Walau hubungan korang tak bagus sekalipun dengan ibu ataua ayah, cuba selesaikan. Kita tak tahu apa mereka rasa dan mungkin mereka sudah berubah.
“Jadi siapa-siapa masih ada mak ayah walaupun sudah bercerai berhubunglah dengan mereka sebab mereka masih ibu ayah kita,” tambahnya lagi.
Sekadar info, bapa kepada Cik B iaitu Allahyarham Mohd Amin menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu minggu lalu di Kelantan.
Sumber: TikTok