Skip to main content

Hiburan

"Saya Minta Maaf Jika Mengecewakan Anda Semua" - Aina Abdul

"Saya Minta Maaf Jika Mengecewakan Anda Semua" - Aina Abdul

Sekilas

  • Aina Abdul mengakui sudah memberikan yang terbaik mewakili Malaysia dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok.
  • Beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu sepanjang pertandingan dan memohon maaf jika pencapaiannya tidak memenuhi harapan.
  • Aina berjaya menduduki tempat keempat dengan lagu ciptaannya, Bluest Sky, dan menganggap pengalaman itu sangat bermakna dalam kariernya.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui sudah memberikan yang terbaik ketika mewakili Malaysia dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Meskipun tidak berjaya membawa pulang gelaran juara, Aina tetap menyifatkan pengalaman tersebut sebagai antara perjalanan paling bermakna sepanjang bergelar anak seni.

Advertisement

Aina juga menzahirkan rasa syukur selain berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya sepanjang pertandingan itu berlangsung.

“Alhamdulillah, sudah selesai perjalanan saya di Eurovision Asia Song Contest 2026. Alhamdulillah, saya yakin kami sudah melakukan yang terbaik dan saya sendiri sudah memberikan yang terbaik.

“Terima kasih banyak kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti-henti menyokong saya,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, pelantun lagu Bluest Sky itu turut memohon maaf kepada peminat yang mungkin meletakkan harapan tinggi terhadapnya sekiranya pencapaian tersebut tidak seperti yang diharapkan.

Malah, Aina menyifatkan pengalaman menyertai pertandingan berkenaan sebagai satu perjalanan baharu yang tidak pernah dipelajarinya melalui mana-mana panduan, sebaliknya perlu dilalui sendiri bersama pasukan yang sentiasa berada di belakangnya.

“Kepada yang mungkin meletakkan harapan tinggi kepada saya, saya minta maaf jika mengecewakan anda semua.

“Tetapi ini merupakan antara perjalanan terbaik dalam karier saya kerana pengalaman ini tidak ada dalam buku atau mana-mana panduan. Saya perlu melaluinya sendiri.

“Saya sangat gembira kerana dikurniakan pasukan yang sangat hebat,” ujarnya.

Aina turut mengakui emosinya masih bercampur-baur selepas pertandingan berakhir, namun menegaskan air mata yang mengalir bukanlah tanda dia menganggap dirinya tewas.

“Saya rasa walaupun kita tidak menang, kita sebenarnya sudah menang di hati sendiri. Itu yang paling penting.

“Walaupun air mata saya bergenang, itu tidak bermakna saya kalah dengan diri sendiri. Cuma ia emosi selepas melalui semuanya.

“Saya akan baik-baik sahaja. Saya kenal diri saya dan cuma perlukan beberapa jam, mungkin sehari atau beberapa hari. Selepas itu saya akan okey,” katanya.

Aina Abdul berjaya menduduki tangga keempat di Eurovision Song Contest Asia 2026. 

Aina peroleh 82 mata daripada 10 juri manakala bagi undian penonton sebanyak 70 mata dengan jumlah sebanyak 152 mata. 

Untuk rekod, Aina mempertaruhkan lagu Bluest Sky, hasil ciptaannya bersama Mac Chew, dalam pertandingan Eurovision Asia yang menghimpunkan 11 wakil dari negara Asia termasuk Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement