Skip to main content
Advertisement

Hiburan

"Saya Nak Ingatkan Wanita Kena Sayang Diri Sendiri Lebih Daripada Segala-Galanya" - Madam Mariyah

dfgfhf

Sekilas

  • Madam Mariyah tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh yang sesuai dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi.
  • Beliau menegaskan dirinya bukan anti lelaki, sebaliknya menggalakkan wanita supaya berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri demi masa depan yang tidak menentu.
  • Dalam perkembangan perniagaan, Madam Mariyah melancarkan tujuh produk baru dan pejabat urusan Auramaria di Johor, dengan peluang perniagaan terbuka kepada semua yang berminat.
Advertisement

Usahawan sensasi, Madam Mariyah mengakui tidak menutup pintu hati untuk kembali bergelar isteri sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh yang sesuai pada masa hadapan.

Menurut Mariyah atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob, 51, soal jodoh diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi.

Advertisement

“Insya-Allah, kalau ditakdirkan ada, itu Allah yang tentukan. Sudah tentu saya nak cari yang lebih daripada saya.

“Kalau tak cari yang lebih berbanding saya (sekufu), nanti dia rasa ‘rendah’ pula. Nanti ada yang cakap tumpang kesenangan bini pula," katanya. 

Madam Mariyah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran pejabat urusan Auramaria di Johor pada Ahad.

Mengulas dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai anti lelaki kerana imejnya sebagai wanita berdikari, Mariyah menegaskan kenyataan itu tidak benar sama sekali.

“Macam saya cakap, suami ialah pinjaman. Dalam masa sama, saya juga nak ingatkan wanita kena sayang diri sendiri lebih daripada segala-galanya.

“Saya bukan anti lelaki, saya cuma nak kaum wanita ada duit sendiri. Untung sabut, dapat suami ‘provider’, tapi kita tak tahu masa depan kita,” jelasnya.

Menurutnya lagi, sikap berdikari penting memandangkan masa depan tidak dapat dijangka, namun itu tidak bermakna hatinya tertutup untuk berkahwin semula.

“Apa yang akan terjadi pada masa akan datang, kita semua tak tahu. Tak bermakna hati saya tertutup untuk berkahwin lagi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mariyah terus melangkah ke hadapan dalam dunia perniagaan apabila tampil melancarkan tujuh produk baharu sempena pembukaan rasmi pejabat urusan Auramaria.

fvddff

“Alhamdulillah, pejabat urusan ini berjaya dirasmikan dan banyak perancangan sudah disusun untuk masa hadapan.

“Sempena pelancaran ini, kami juga melancarkan tujuh produk baharu berkaitan peningkatan aura seseorang,” katanya.

Jelasnya, peluang perniagaan itu tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.

“Saya tak tumpu kepada ibu tunggal sahaja. Sesiapa yang berminat untuk jadi usahawan bersama saya boleh sertai.

“Sekarang lebih kurang 200 orang di bawah saya dan affiliate TikTok sudah mencecah 20,000 orang,” ujarnya.

Untuk rekod, Mariyah sebelum ini sah bercerai talak satu dengan suaminya yang dikenali sebagai Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru pada 30 September 2025 selepas hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Perceraian itu didakwa berpunca daripada kehadiran orang ketiga, malah Mariyah diceraikan menerusi komen di siaran langsung TikTok pada 7 Ogos 2025.

Anda mungkin berminat dengan

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Must Watch Video

Advertisement