Skip to main content

Viral

“Saya Nak Muzik Malaysia Didengar Dunia” - JessC Cipta Nama Di Pentas Antarabangsa, Muzik Tembusi Lebih 30 Negara

Astro Gempak jessC (1)

Sekilas

  • JessC berjaya menembusi pasaran muzik antarabangsa dengan gabungan pelbagai bahasa dan elemen budaya tempatan dalam karyanya.
  • Muziknya kini popular di negara seperti China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Australia, serta mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Rolling Stone.
  • JessC memenangi LIT Music Awards dengan karya dalam tiga bahasa berbeza dan terus membawa identiti Malaysia ke pentas global.
Advertisement

Penyanyi Malaysia, JessC terus mencipta gelombang tersendiri di pentas antarabangsa apabila berjaya menembusi pelbagai pasaran global menerusi karya muziknya.

Kejayaan itu bukan sahaja mengangkat nama dirinya, malah membuka ruang lebih luas kepada muzik Malaysia untuk dikenali di luar negara.

Advertisement

Apa yang membezakan JessC adalah pendekatan uniknya dalam menghasilkan muzik apabila menggabungkan pelbagai bahasa, elemen budaya tempatan serta mesej penyembuhan dalam setiap karya.

Menurut JessC, fokus utamanya bukan sekadar menghasilkan lagu, tetapi memastikan muzik yang dibawa mampu merentas sempadan.

“Saya percaya muzik adalah bahasa universal. Saya mahu karya saya bukan sahaja didengar, tetapi dirasai oleh pendengar dari pelbagai latar belakang dan budaya,” katanya.

Kini, hasil usahanya mula membuahkan hasil apabila muziknya berjaya menembusi pasaran seperti China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia dan Australia. Malah, beberapa lagunya turut memasuki carta radio di China dan Indonesia.

Lebih membanggakan, JessC turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dinamakan sebagai antara “New Artists to Watch” oleh Rolling Stone edisi Australia dan UK.

Dalam masa sama, dia juga mencipta pencapaian tersendiri apabila memenangi LIT Music Awards menerusi empat karya dalam tiga bahasa berbeza.

“Saya sentiasa mahu membawa identiti Malaysia dalam setiap karya saya. Walaupun kita kecil, itu bukan halangan untuk kita pergi jauh,” ujarnya.

Antara lagu yang mendapat perhatian termasuk “Mari Menari Raya”, “Expose”, “My Style” dan “One Chance”, yang masing-masing membawa identiti tersendiri.

Perjalanan JessC membuktikan bahawa muzik tidak terhad kepada bahasa atau geografi, sebaliknya keaslian dan mesej yang dibawa mampu membuka pintu ke peringkat global.

Dengan momentum yang semakin kukuh, JessC kini dilihat sebagai antara nama tempatan yang berpotensi besar untuk terus membawa muzik Malaysia ke pentas dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement