Skip to main content

Hiburan

“Saya Paling Risau Orang Muntah Tengok Muka Saya” – Watak Jamali Tular, Azhan Rani Dedah Banyak Dialog Spontan

“Saya Paling Risau Orang Muntah Tengok Muka Saya” – Watak Jamali Tular, Azhan Rani Dedah Banyak Dialog Spontan

Sekilas

  • Azhan Rani mendedahkan dialog watak antagonis Jamali dalam drama Bulan Henti Bicara kebanyakannya spontan dan penting untuk difahami penonton.
  • Azhan bekerjasama dengan pengarah untuk membentuk karakter Jamali agar sesuai dengan jalan cerita dan cuba variasikan watak antagonis supaya tidak stereotaip.
  • Pelakon itu juga bersedia menerima reaksi negatif dan mengakui watak yang disayangi penonton lebih mencabar berbanding watak jahat.
Advertisement

Tular menerusi watak Jamali dalam drama Bulan Henti Bicara, pelakon Azhan Rani mendedahkan kebanyakan dialog yang dilontarkannya ketika membawa karakter antagonis tersebut dilakukan secara spontan.

Menurut Azhan, 49, perkara paling penting buatnya bukan sekadar menghafal dialog, sebaliknya memastikan setiap bait yang disampaikan dapat difahami penonton.

Advertisement

“Ada bahagian yang spontan, malah kebanyakannya spontan.

“Penting untuk saya percaya dan faham apa yang saya keluarkan serta orang faham apa yang saya sampaikan.

“Itu paling penting daripada saya boleh hafal 15 halaman tetapi orang ‘sepatah haram’ tak faham,” katanya.

Azhan berkata, pembentukan karakter Jamali turut dilakukan menerusi perbincangan bersama pengarah mengikut kesesuaian jalan cerita.

“Dia manusia, jadi saya bawa karakter manusia bergantung kepada kesesuaian cerita dan kebenaran pengarah.

“Karakter itu tidak diberikan sepenuhnya, tetapi bagaimana kita mahu mereka bentuk karakter tersebut adalah antara saya dengan pengarah,” ujarnya.

Mengulas sambutan penonton terhadap wataknya yang kini menjadi bualan di media sosial, Azhan bersyukur sekiranya lakonannya masih mendapat tempat dalam kalangan peminat.

Malah, dia sempat berseloroh mungkin perlu mencari sumber pendapatan lain sekiranya penonton sudah bosan melihat wajahnya di kaca televisyen.

“Harapnyalah orang masih nak tengok. Saya paling risau orang muntah tengok muka saya.

“Kalau orang nak tengok, alhamdulillah, ada rezeki saya akan datang.

“Kalau orang dah tak nak tengok, maksudnya kena buat Grab agaknya saya ini,” selorohnya.

Dalam pada itu, Azhan berkata, dia cuba memberikan variasi berbeza setiap kali diberikan watak antagonis supaya tidak kelihatan sama dengan karakter pernah dibawakannya sebelum ini.

“Saya cuba senatural mungkin. Watak garang atau jahat pun ada macam-macam variasi.

“Jadi saya memilih variasi seperti itu supaya karakter tersebut tidak sama,” katanya.

Bagi Azhan, seorang pelakon juga perlu bersedia menerima reaksi negatif penonton sekiranya karakter yang diberikan memang ditulis untuk dibenci.

“Setiap pelakon ada tanggungjawab terhadap karakter.

“Kalau karakter itu perlu dibenci, memang dia perlu terima ‘harga’ untuk dibenci. Dia kena sampaikan kebencian itu.

“Masalah pula kalau orang suka watak yang sepatutnya dibenci. Terbalik pula jadinya,” ujarnya.

Pada masa sama, Azhan mengakui tidak mahu terlalu selesa dengan watak antagonis sehingga akhirnya terperangkap dalam stereotaip.

Katanya, membawa watak yang perlu disayangi penonton sebenarnya lebih mencabar berbanding membuatkan penonton membenci dirinya.

“Saya pernah bawa watak selain antagonis seperti dalam drama Seribu Tahun, sebagai pesakit Alzheimer.

“Watak yang perlu disayangi penonton itu bagi saya lagi berat sebab kadang-kadang orang tengok muka sahaja, belum bercakap pun mereka dah cakap, ‘Aku dah benci’.

“Nak buat orang suka itu susah, tetapi saya suka cabaran tersebut,” katanya.

Azhan berkata, sebagai pelakon dia mahu terus mencuba karakter berbeza dan tidak terkongkong dengan satu jenis watak sahaja.

“Saya paling risau benda stereotaip. Sebagai pelakon, kalau boleh kita tak nak terkongkong.

“Tapi kadang-kadang tak boleh nak lari juga, nanti tak boleh bayar bil pula kalau asyik tolak,” selorohnya.

Terdahulu, lakonan Azhan sebagai Jamali mendapat perhatian ramai meskipun membawa karakter antagonis dalam drama Bulan Henti Bicara.

Drama yang turut dibintangi Ezzanie Jasny dan Azar Azmi itu mula ditayangkan menerusi slot MegaDrama Astro sejak 27 Julai lalu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement