Skip to main content

Hiburan

“Saya Percaya Setiap Orang Melalui Fasa Jatuh Dan Bangun, Begitu Juga Saya” - Fazura Tampil Dengan Single Kisah Terbaik

Astro Gempak 263

Sekilas

  • Nur Fazura melancarkan single terbaru berjudul Kisah Terbaik yang menampilkan sisi lebih matang dan tema penerimaan serta kekuatan diri.
  • Lagu ini hasil kolaborasi bersama Aiman Sidek dan Reza Ramsey, membawa mesej tentang menerima pengalaman hidup sebagai proses mematangkan diri.
  • Kisah Terbaik diharap menjadi peneman dan sumber kekuatan buat pendengar yang sedang menghadapi cabaran, kini boleh distrim di semua platform digital.

Penyanyi dan pelakon Nur Fazura kembali mencuri perhatian apabila tampil dengan single terbaharu berjudul Kisah Terbaik, yang memperlihatkan sisi lebih matang dalam perjalanan seninya.

Tampil sebagai sebuah balada penuh emosi, lagu tersebut mengangkat tema penerimaan, kekuatan diri dan harapan untuk melangkah ke hadapan selepas melalui pelbagai episod kehidupan.

Menurut Fazura, Kisah Terbaik bukan sekadar berkisarkan cinta, sebaliknya membawa mesej yang lebih menyeluruh tentang menerima setiap pengalaman hidup sebagai proses mematangkan diri.

“Bagi saya, Kisah Terbaik bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang menerima setiap pengalaman yang membentuk diri kita.

“Walaupun ada kisah yang menyakitkan, akhirnya kita sedar semuanya hadir dengan hikmah. Saya harap lagu ini dapat menjadi teman buat sesiapa yang sedang melalui fasa untuk melepaskan dan memulakan lembaran baharu,” katanya.

Lagu tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama komposer, penulis lirik dan penerbit Aiman Sidek serta Reza Ramsey yang disifatkan memberi ruang kepada Fazura untuk berkongsi pengalaman secara jujur sepanjang proses pembikinan.

“Prosesnya sangat jujur dan terbuka. Kami banyak berbincang tentang emosi yang ingin disampaikan, dan Aiman serta Reza benar-benar memahami apa yang saya ingin luahkan.

“Mereka memberi ruang untuk saya berkongsi pandangan dan pengalaman, jadi lagu ini terasa sangat peribadi dan ikhlas,” ujarnya.

Pelantun lagu Sayangi Dirimu itu turut menyifatkan Kisah Terbaik sebagai antara karya paling matang sepanjang perjalanan seninya.

“Saya rasa lagu ini mempunyai perjalanan emosi yang sangat indah. Ia bermula dengan rasa yang lembut dan rapuh, kemudian berkembang menjadi lebih besar dan penuh harapan.

“Susunan muziknya benar-benar membantu menghidupkan setiap emosi dalam lirik. Bagi saya, inilah antara karya yang paling matang dan paling dekat dengan diri saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Fazura mengakui pengalaman jatuh bangun yang dilalui dalam kehidupan menjadikan dirinya lebih menghargai setiap perjalanan yang ditempuh.

“Saya percaya setiap orang melalui fasa jatuh dan bangun, begitu juga saya.

“Ada banyak pengalaman yang mengajar saya tentang kekuatan, keikhlasan dan menerima apa yang telah ditentukan. Sebab itu saya begitu terhubung dengan lagu ini kerana ia mengingatkan saya bahawa setiap perjalanan, walaupun sukar, tetap mempunyai makna yang indah,” katanya.

Menerusi Kisah Terbaik, Fazura berharap lagu tersebut mampu menjadi peneman dan sumber kekuatan buat pendengar yang sedang berdepan detik-detik mencabar dalam kehidupan.

“Harapan saya sangat sederhana. Saya berharap Kisah Terbaik dapat menyentuh hati pendengar dan memberi sedikit ketenangan kepada mereka yang sedang melalui waktu-waktu sukar.

“Kalau lagu ini mampu membuat seseorang rasa difahami atau memberi mereka harapan untuk terus melangkah, itu sudah menjadi hadiah yang sangat bermakna buat saya,” katanya.

Kisah Terbaik kini boleh distrim menerusi semua platform penstriman digital.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement