Sekilas
- Mila Jirin akui zaman Akademi Fantasia dulu berbeza dengan sekarang yang lebih terbuka dengan kritikan di media sosial.
- Dia fokus siapkan mental dan fizikal untuk bersaing di Gegar Vaganza Fantasia yang bermula 8 November ini.
- Mila pilih untuk tidak melayan kecaman negatif dan kekal positif sepanjang pertandingan berlangsung.
Penyanyi Mila Jirin mengakui zaman dia menyertai program Akademi Fantasia (AF) berbeza dengan sekarang yang kini kecaman atau kritikan lebih terbuka di sosial media.
Bagaimanapun Mila beranggapan perubahan itu bukan sesuatu yang pelik baginya memandangkan dirinya juga aktif dalam dunia sosial media.
Menurut juara AF5 itu, dia hanya perlu menyiapkan mental dan fizikal untuk bersaing di pentas Gegar Vaganza Fantasia yang akan berlangsung 8 November ini.
“Tak dinafikan dulu AF itu langsung terputus dengan sebarang komunikasi, tak tahu apa orang bercakap di luar sana. Sekarang ni berbeza tapi tidaklah menjadi satu benda yang pelik.
“Sebab saya pun memang tidaklah duduk dalam gua kan? Kita pun aktif di media sosial. Cumanya saya kena siapkan mental dan juga fizikal sebab bagi saya mental sangat penting untuk kita terutama nak bertandingkan.
“Saya akan cubalah untuk tidak sangatlah membaca benda-benda yang mungkin boleh menjatuhkan kita punya semangat
“Tapi sebagai manusia, kita perlu ada segala input negatif dan positif ini. Saya melihat teguran juga boleh membantu kita menjadi lebih baik kan,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Mila memberitahu dia bukan sudah lali dengan kecaman sebaliknya memilih untuk tidak terlalu melayan perkara negatif.
“Bukan saya dah lali dengan kecaman atau kritikan tapi macam saya suka take it easy, tak suka berbalas balik. Itu memang cara saya daripada dulu lagi.
“Apa jugalah kontroversi ataupun kata-kata yang tidak sedap didengar pada saya, I let go je. Apa yang boleh saya komen, saya komen.
“Apa yang tak boleh, it's okay sebabnya kalau kita keep on memberi statement sampai bila pun tak habis dik.
“Jadi, ya saya adalah seorang yang easy going sebenarnya dan saya adalah seorang yang sangat positif. Insya-Allah, saya dah siapkan minda,” ujarnya.
PROGRAM GEGAR VAGANZA FANTASIA
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.
KAPSUL GEGAR VAGANZA FANTASIA
Menampilkan persiapan, momen di balik tabir, sesi temu bual serta permainan bersama para peserta setiap minggu sebelum program utama bermula.
VAZZ VAGANZA FANTASIA
Dihoskan selama 30 minit sejurus selepas program utama untuk menampilkan wawancara dan soal jawab bersama peserta dan juri ‘GV13’.