Skip to main content

Hiburan

“Saya Rasa Tak Layak Jadi Watak Utama” – Kurang Followers Di Media Sosial, Ellyza Azizi Dedah Pernah Terima Layanan Berbeza

“Saya Rasa Tak Layak Jadi Watak Utama” – Kurang Followers Di Media Sosial, Ellyza Azizi Dedah Pernah Terima Layanan Berbeza

Sekilas

  • Pelakon Ellyza Azizi mengakui masih berdepan krisis keyakinan untuk memegang watak utama kerana merasakan dirinya belum layak dan jumlah pengikut media sosial yang sedikit.
  • Ellyza pernah menerima layanan berbeza di sesetengah tempat disebabkan jumlah pengikutnya yang tidak sebanyak pelakon lain.
  • Namun, dia bersyukur kerana mendapat layanan profesional dan hormat sepanjang penggambaran drama siri vertikal BRU: Manis & Masin bersama pasukan produksi Nik Amir Mustapha.
Advertisement

Selepas hampir lapan tahun bergelar anak seni, pelakon Ellyza Azizi mengakui masih berdepan krisis keyakinan apabila ditawarkan watak utama kerana merasakan dirinya belum layak memikul tanggungjawab tersebut.

Menurut Ellyza, 26, perasaan itu timbul kerana dia sering mempersoalkan kemampuan diri selain merasakan jumlah pengikut di media sosial yang tidak begitu ramai menjadi kekurangan buat dirinya.

Advertisement

“Secara jujurnya, saya masih lagi rasa takut-takut, segan-segan, rasa macam tak layak kerana jumlah pengikut (followers) yang saya ada.

“Saya rasa tak layak jadi watak utama.

“Tapi saya percaya itu semua hanya perasaan yang saya kena atasi dari segi keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.

“Harapnya pada masa hadapan kalau saya dapat lagi memegang watak utama, saya akan terima saja,” katanya.

Lebih mengecewakan, Ellyza mendedahkan dia pernah menerima layanan berbeza di sesetengah tempat hanya kerana jumlah pengikutnya di media sosial tidak setanding pelakon lain.

“Sebab jumlah pengikut yang saya ada. Ini berdasarkan pengalamanlah.

“Sebab angka yang saya ada tak banyak, jadi di sesetengah tempat yang saya pergi, saya dapat layanan berbeza,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon itu bersyukur perkara tersebut tidak berlaku sepanjang menjalani penggambaran bersama pasukan produksi drama siri vertikal BRU: Manis & Masin yang diterajui oleh penerbit Nik Amir Mustapha.

“Tapi bukan di sinilah (produksi sekarang). Saya bersyukur dapat bekerja dengan pasukan Nik Amir sebab ada wajah-wajah yang saya kenali.

“Mereka sangat profesional dan betul-betul menghormati aspek seni di set.

“Saya sangat hargai benda itu sebab kita tak selalu dapat layanan seperti itu di semua set,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must Watch Video

Advertisement