Skip to main content

Hiburan

"Saya Sangat Suka MV Kesuma, Jalan Cerita Sesuai Dengan…" - Aisha Retno

Astro Gempak 571

Sekilas

  • Aisha Retno meluahkan rasa bangga dan terharu dengan muzik video lagu Kesuma nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dianggap selari dengan mesej dan emosi lagu tersebut.
  • Beliau memuji konsep, jalan cerita, pemilihan lokasi, dan warna dalam muzik video yang berjaya menterjemahkan mesej lagu dengan baik.
  • Aisha turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Siti Nurhaliza kerana merealisasikan pembikinan muzik video untuk lagu tersebut.
Advertisement

Penyanyi dan komposer muda, Aisha Retno meluahkan rasa bangga serta terharu apabila muzik video (MV) lagu Kesuma nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima sentuhan visual yang disifatkannya selari dengan mesej dan emosi yang ingin disampaikan menerusi karya tersebut.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam memuji keseluruhan konsep muzik video berkenaan termasuk jalan cerita, pemilihan lokasi dan sentuhan warna yang digunakan.

Advertisement

“Sebagai komposer dan penulis lirik untuk lagu Kesuma oleh Biduanita Negara kita, Datuk Seri Siti Nurhaliza, saya bercakap secara jujur, saya sangat suka muzik video ini.

“Saya faham alur jalan ceritanya yang sangat bersesuaian dengan lirik yang saya nukilkan,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, hasil akhir muzik video tersebut berjaya menterjemahkan mesej lagu dengan baik sehingga membuatkan dirinya berasa sangat dihargai sebagai pencipta karya berkenaan.

“Sudah tentu saya juga suka dengan aspek ‘colour grading’, pemilihan lokasi dan keseluruhan visualnya.

“Saya sangat gembira dan berbesar hati melihat hasil akhirnya sebagai penulis lagu ini,” ujarnya.

Pelantun lagu Sutera itu turut mengakui setiap individu mempunyai cita rasa berbeza dalam menilai sesebuah karya seni, namun bagi dirinya, muzik video Kesuma memenuhi jangkaan yang diharapkan.

“Pada akhirnya, semuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

“Dan citarasa saya sangat selari dengan jalan cerita muzik video tersebut.

“Sebab itu saya sudah tidak ada kata-kata. Saya sangat sukakannya,” katanya.

fbg

Dalam hantaran sama, Aisha turut merakamkan ucapan tahniah kepada Siti Nurhaliza serta berterima kasih kepada penyanyi tersohor itu kerana merealisasikan pembikinan muzik video untuk lagu berkenaan.

“Tahniah TokTi dan terima kasih kerana sudi menghasilkan muzik video untuk lagu ini,” katanya.
 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

MIG Premium 200gsm Technology Cotton Comfortable Round Neck Lengen Pendek Oversized Plain T shirt

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Fast shipping Unisex Comfortable and non slip woven sandals Outdoor beach sandals

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Must Watch Video

Advertisement