Seorang wanita yang dikenali sebagai Wanie tampil menjelaskan situasi sebenar selepas videonya menyerbu suami bersama seorang wanita lain tular di media sosial.
Menurut Wanie, dia tiada niat mahu mencetuskan kekecohan sebaliknya hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada suaminya.
“Untuk pengetahuan, saya yang baju pink itu masih isteri si B. Nampak di situ salah saya sebab tiba-tiba terjah. Hati isteri mana tak hancur bila dapat tahu suaminya bersama perempuan yang disorokkan dan tak pernah diberitahu.
“Bukan ke sana nak buat kecoh, cuma inginkan penjelasan siapa perempuan tu," katanya.
Dalam pada itu, Wanie turut menjelaskan dia sanggup untuk mengundur diri seadai suaminya memilih 'wanita simpanan' itu sebagai pasangannya.
“Andai itu pilihan hati B, saya sanggup undurkan diri. Tidak perlu saya merebut andai itu bukan jodoh untuk saya," tambahnya.
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan insiden kekecohan apabila seorang lelaki didakwa bertindak ganas memukul dan mengheret isterinya.
Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu itu dipercayai tercetus apabila si isteri dikatakan datang ke sebuah gerai tepi jalan untuk meminta penjelasan mengenai hubungan suaminya dengan seorang wanita lain. Bagaimanapun, lelaki tersebut dilihat gagal mengawal kemarahan dan mula bertindak kasar dengan menarik kolar baju isterinya dan cuba mengheret mangsa.
Dalam video yang sama, turut kedengaran pertikaman lidah antara perakam video yang didakwa anak saudara kepada mangsa (si isteri) dengan wanita yang disyaki menjadi orang ketiga (skandal).
Wanita tersebut, yang memakai jersi hitam dilihat cuba mempertahankan dirinya apabila disoal mengenai panggilan mesra yang digunakan terhadap lelaki berstatus suami orang itu.
"Memang aku dah panggil dia ‘B’. Tahu tak ‘B’ tu apa? Brother lah! "Dia bukan suami saya, saya bukan isteri dia. Kalau betul aku tak bersalah, aku boleh saman korang," kata wanita simpanan itu.
Viral
“Saya Sanggup Untuk…” - Hanya Mahu Penjelasan, Isteri Sanggup Lepaskan 'B' Jika Pilih Wanita Lain