Skip to main content

Hiburan

“Saya Sendiri Pernah Ditendang Di Dada Sampai Terhentak Pada…” - Intan Serah

Astrogempak INTAN SERAH

Sekilas

  • Intan Serah dedah pernah jadi mangsa buli di asrama yang dianggap sebagai tradisi lama dalam budaya hierarki sekolah berasrama.
  • Beliau jelaskan kitaran buli berterusan kerana senior yang membuli juga pernah alami perkara sama sebelum ini.
  • Intan pilih cara berbeza sebagai senior dengan fokus pada aktiviti positif seperti buat video lucu dan elak budaya buli.

Pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Serah mendedahkan pernah menjadi mangsa buli sehingga meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya.

Menerusi satu hantaran di Threads, menurut Intan budaya buli di asrama berlaku disebabkan kitaran lama yang sudah dianggap normal sehingga menjadi tradisi.

“Apa yang saya boleh katakan, kebanyakan pelajar yang tinggal di sekolah berasrama memang pernah berdepan dengan buli daripada senior dalam pelbagai bentuk, sama ada secara fizikal mahupun mental.

Saya sendiri pernah melaluinya. Sejujurnya, saya rasa banyak perkara seperti ini berlaku disebabkan satu kitaran yang sudah lama dinormalisasikan.

“Ada senior yang membuli juga mungkin pernah menerima layanan sama sebelum ini, jadi apabila mereka berada di kedudukan tertentu, mereka secara tidak sedar mengulangi perkara itu kerana itulah persekitaran yang mereka lalui,” tulisnya.

Ujar Intan lagi, budaya hierarki yang terlalu kuat di asrama menyebabkan ramai berfikiran bahawa perbuatan itu adalah sebagai perkara biasa tanpa memikirkan kesan terhadap mangsa.

“Dalam budaya asrama suatu ketika dahulu, hierarki memang sangat kuat sehingga ramai menganggap perkara seperti itu sebagai satu ‘tradisi’ berbanding mempersoalkan sama ada sebenarnya memudaratkan atau tidak. Macam cerita kapla itu juga.

“Tetapi bagi saya, apabila masuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, saya memilih cara berbeza untuk menikmati kehidupan sebagai senior. Saya lebih suka meluangkan masa bersama kawan-kawan dan akhirnya dapat menggunakan telefon tanpa perlu berselindung daripada senior, buat video dubsmash, cover lagu dalam asrama dan rakam video-video lucu sampai boleh dikatakan saya ini macam atlet Instafamous waktu itu,” ujarnya.

Pada masa sama, Intan juga mengakui pernah menjadi mangsa buli sewaktu berada di asrama dahulu.

“Macam saya sendiri pernah ditendang di dada sampai terhentak pada katil dua tingkat, tambahan pula badan saya kecil sahaja waktu itu.

“Banyak lagi perkara lain yang berlaku, tetapi antara yang paling saya tidak sampai hati ialah apabila satu batch kami dipaksa menampar kawan sendiri sebab dia dituduh mencuri telefon bimbit tetapi tidak mengaku. Akhirnya kawan itu terus pindah sekolah,” tambahnya.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh Intan:

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement