Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Sudah Sedia Move On" - Diana Danielle Sedang Kenal Hati Budi Ahli Perniagaan

Astro Gempak diana kekasih

Sekilas

  • Pelakon Diana Danielle mengesahkan sudah mempunyai teman istimewa selepas hampir setahun bercerai, dan jejaka itu merupakan seorang ahli perniagaan.
  • Diana mengambil pendekatan berhati-hati dalam hubungan baru ini, terutama kerana dia mempunyai anak dan mahu menguruskan semuanya dengan perlahan.
  • Selain itu, Diana baru sahaja melancarkan single raya terbaru berjudul "Raya Macam Mana?" bersama penyanyi rap Francis Roman dengan rentak yang ceria dan moden.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle kini tidak lagi berselindung mengenai kehidupan peribadinya apabila secara terbuka mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Menurut Diana, selepas hampir setahun melalui episod perceraian, dia merasakan sudah tiba masa untuk meneruskan kehidupan dan membuka lembaran baharu bersama seseorang yang istimewa dalam hidupnya.

Advertisement

Jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu difahamkan merupakan seorang ahli perniagaan.

"Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak salah memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya.

"Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk 'move on'. Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single raya Raya Macam Mana? nyanyiannya bersama penyanyi rap Francis Roman di Red Box Karaoke, The Gardens Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas mengenai cabaran untuk kembali membuka hati selepas pengalaman lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata keadaan itu mungkin lebih mencabar bagi lelaki yang kini rapat dengannya.

Namun begitu, dia memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati dalam menguruskan hubungan tersebut.

"Saya rasa memang susah untuk dia kerana bagi saya cabarannya adalah untuk kembali mempercayai orang baharu.

"Saya juga ada anak, jadi saya bimbang jika timbul isu tertentu. Sebab itu saya cuba menguruskan perkara ini dengan perlahan dan berhati-hati supaya tidak tersalah langkah atau membuat keputusan," katanya.

Tambah Diana, buat masa ini hubungan mereka masih berada pada fasa awal dan lebih tertumpu kepada mereka berdua sahaja tanpa melibatkan anak-anak.

"Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak meluangkan masa dengan saya sahaja. Dia belum lagi bersama anak-anak atau sebagainya kerana saya tidak mahu mencampuradukkan perkara itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana turut tampil dengan single raya terbaharu berjudul Raya Macam Mana? yang menyaksikan kolaborasinya bersama penyanyi rap yang sedang meningkat naik, Francis Roman.

Lagu tersebut tampil dengan rentak ceria dan moden, sekali gus membawa kelainan dalam deretan lagu raya tempatan yang lazimnya sarat dengan elemen nostalgia.

Anda mungkin berminat dengan

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Must Watch Video

Advertisement