Skip to main content

Hiburan

“Saya Suka Melawak Dan Agak Ting-Tong Sikit” – Nafi Platform Threads Toksik, Aisha Retno Selesa Jadi Diri Sendiri

2008D879 3E9B 408F 98C5 0F1A9BA1BE6A

Sekilas

  • Aisha Retno seronok guna Threads sebab boleh tunjuk sisi santai dan kelakar yang jarang peminat nampak masa dia nyanyi.
  • Dia mula buka akaun Threads untuk promosi lagu Jodoh Lebaran dan kini pegang sendiri akaun itu yang makin popular dengan gelaran ‘Ratu Kacip’.
  • Aisha kata pengalaman dia di Threads mostly positif walaupun ada yang anggap platform itu toksik, dan dia terus jadi diri sendiri untuk hiburkan peminat.
Advertisement

Penyanyi Aisha Retno mengakui seronok menggunakan platform Threads kerana dapat menampilkan sisi dirinya yang lebih santai dan menghiburkan berbanding imej yang sering dilihat peminat di pentas nyanyian.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dia pada awalnya membuka akaun Threads bagi tujuan mempromosikan lagu Jodoh Lebaran.

Advertisement

“Sebenarnya saya buat Threads untuk mempromosikan lagu Jodoh Lebaran. Awalnya saya guna tanpa bimbingan sesiapa dan teroka sendiri.

“Masa mula-mula guna, kandungan yang muncul semuanya kelakar. Jadi saya pun cuba ikut serta dan jadi kelakar juga. Sebab itu saya rasa Threads adalah platform yang sangat menyeronokkan,” katanya kepada Gempak.

Aisha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Diari Air Mata di Kuala Lumpur pada Selasa.

Advertisement

Menurut pelantun lagu Sutera itu, ramai tidak mengetahui dia sebenarnya mempunyai personaliti yang suka bergurau dan melawak.

“Mungkin ada yang tak tahu, saya sebenarnya suka melawak dan agak ‘ting-tong’ sedikit. Jadi di situ saya hanya jadi diri sendiri.

“Kadang-kadang kita dah penat menyanyi, jadi kita mahu lebih intim dan dekat dengan peminat,” ujarnya.

Mengulas tanggapan sesetengah pihak yang menganggap Threads sebagai platform media sosial yang toksik, Aisha berkata pengalamannya setakat ini lebih banyak dipenuhi perkara positif.

“Kalau ikut apa yang saya dengar, memang ada yang kata Threads toksik. Tapi sepanjang saya berada di sana, kebanyakannya kelakar dan membina.

“Mungkin ada satu dua komen yang kurang menyenangkan, tetapi itu perkara biasa. Orang bebas memberikan pendapat masing-masing. Selagi ia tidak mengganggu hidup saya, saya layan sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Aisha turut mengakui dia mengendalikan sendiri akaun Threads miliknya yang kini semakin mendapat perhatian ramai sehingga ada pengguna media sosial menggelarnya sebagai ‘Ratu Kacip’.

“Memang saya pegang sendiri akaun itu dan saya rasa itulah bahagian yang paling best. Kita boleh jadi diri sendiri.

“Ada juga yang tanya, ‘Aisha kenapa kacip sangat?’ Tapi bagi saya, selagi kita tahu batas dan apa yang kita lakukan itu boleh menghiburkan orang dengan sisi kita yang bukan sebagai penyanyi, kenapa tidak?” katanya.

Tedahulu, perkongsian Aisha dalam Threads sering mencuri perhatian ramai dengan pelbagai hantaran lucu dan bersahaja sehingga menjadikan namanya antara figura tempatan yang aktif serta popular dalam platform tersebut.

Menerusi perkembangan lain, Aisha tampil dengan single terbaharu berjudul Diari Air Mata, sebuah karya ciptaan dan terbitan Ajai yang juga merupakan rakaman sulungnya di bawah naungan Usanita Entertainment.

Anda mungkin berminat dengan

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

Must Watch Video

Advertisement