Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Akan Mampu Maafkan Awak” - Uyaina Arshad Terkilan, Dakwa Dikhianati Individu Dipercayai

Uyaina

Sekilas

  • Uyaina Arshad meluahkan rasa kecewa terhadap pengkhianatan oleh individu yang dipercayai menerusi hantaran di Threads.
  • Dia menegaskan bahawa memilih untuk berdiam diri bukan bermakna dia lemah, sebaliknya tidak mahu mendedahkan keburukan orang tersebut.
  • Pengalaman pengkhianatan itu dianggap sebagai pengajaran terbesar Uyaina sepanjang tahun ini.
Advertisement

Hantaran pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerusi Threads miliknya yang meluahkan rasa kecewa terhadap pengkhianatan meraih perhatian wargamaya di laman sosial. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran berkenaan, Uyaina terkilan terhadap sikap seorang individu yang disifatkannya sebagai bermuka-muka, penuh kebencian dan membawa pengaruh negatif.

 

Uyaina turut menegaskan sikapnya yang memilih untuk berdiam diri dan tidak mendedahkan keburukan individu berkenaan bukan bermakna dirinya lemah.

Advertisement

 

“Saya rasa saya tak akan mampu maafkan awak. Kepahitan hati awak, sikap bermuka-muka, mulut puaka dan perangai toksik awak tak akan pernah layak mendapat kemaafan saya.

 

“Hanya kerana saya memilih untuk berdiam diri dan tidak mendedahkan segala keburukan awak, awak fikir saya lemah. Jangan cuba uji kesabaran saya.

 

“Saya cuma tak serendah awak yang suka mencari pasal,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Uyaina menyifatkan pengkhianatan sebagai sesuatu yang menyakitkan, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh individu yang selama ini dipercayai.

 

Malah, pengacara itu menganggap pengalaman berkenaan sebagai pengajaran terbesar yang diperolehnya sepanjang tahun ini.

 

“Awak tahu kenapa pengkhianatan sangat menyakitkan? Sebab ia datang daripada seseorang yang awak percayai.

 

“Dan itulah pengajaran terbesar saya pada tahun ini,” katanya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement