Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Kacau Orang, Tiba-Tiba Gatal Nak Mengundang Perbalahan Dah Kenapa?” - Siti Saerah

Astro Gempak 528

Sekilas

  • Penyanyi Siti Saerah kecewa apabila anaknya, Ahmad Dayyan, dikaitkan dalam hantaran negatif di media sosial oleh seorang individu.
  • Saerah cuba menghubungi individu tersebut untuk penjelasan tetapi tidak mendapat maklum balas memuaskan walaupun hantaran sudah dipadam.
  • Dia reda dengan keputusan anak lelakinya tinggal bersama bekas suami demi masa depan yang lebih baik.

Penyanyi Siti Saerah meluahkan rasa kurang senang apabila anak lelakinya, Ahmad Dayyan atau Amad dikaitkan dalam satu hantaran yang dimuat naik seorang individu di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Saerah mempersoalkan tindakan individu terbabit yang didakwa cuba mencetuskan perbalahan dengan menyentuh hal peribadinya.

“Saya tak kacau orang, yang tiba-tiba gatal sangat tangan itu nak mengundang dan mencetuskan perbalahan dah kenapa?” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Saerah turut memuat naik tangkap layar memaparkan satu hantaran dimuat naik individu dikenali sebagai @ridzzychanduri yang didakwa menyentuh mengenai anaknya, Amad.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan didakwa membuat kenyataan kononnya Saerah mengerah tenaga anaknya sehingga menyebabkan bekas suaminya mengambil semula tanggungjawab menjaga remaja tersebut.

Tidak berdiam diri, Saerah berkata dia sudah cuba menghubungi individu berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.

“Sebelum ini beliau kacau orang lain. Kes pun banyak.

“Ini nak buat macam mana? Bila dah hubungi tak mengaku dan nak hubungi balik katanya, tapi sampai malam tak ada,” katanya.

vdf



Menurut Saerah, dia juga tidak berpuas hati sekiranya individu terbabit sekadar memadam hantaran tersebut tanpa sebarang penjelasan.

“Ke nak sambung kena simpan dua tahun lagi?

“Jangan cakap dia sudah padam, kemudian boleh sewenang-wenangnya diam macam itu. Banyak sangat masa terluang macam inilah,” luahnya.

Terdahulu, Saerah reda apabila anak lelakinya, Ahmad Dayyan mengambil keputusan untuk tinggal bersama bapanya yang juga bekas suami, Saiful Anuar di Kuantan.

Menurut Saerah, sebagai seorang ibu, dia menghormati keputusan Amad untuk menetap dan meneruskan persekolahan di sana demi masa depan yang lebih baik.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement