Skip to main content

Berita Tempatan

“Saya Tak Kisah Bermula Dari Bawah” - Jessica MJ Mahu Buka Lebih Banyak Peluang Buat Wanita

“Saya Tak Kisah Bermula Dari Bawah” - Jessica MJ Mahu Buka Lebih Banyak Peluang Buat Wanita

Sekilas

  • Jessica MJ memulakan perniagaan dari modal kosong dan kini melancarkan jenama kosmetik sendiri, Jesskin, yang mendapat sambutan dalam dan luar negara.
  • Produk Jesskin, terutama serum, telah menerima permintaan dari Australia, Filipina, Vietnam dan negara Asia Tenggara lain selepas tiga tahun mencari formula terbaik.
  • Jessica berhasrat mengembangkan jenama dan produk baru sambil memberi inspirasi kepada wanita dan generasi muda untuk berani bermula dari bawah.
Advertisement

Bermula tanpa modal besar dan membina perniagaan sedikit demi sedikit, usahawan serta pempengaruh Jessica MJ kini mahu menggunakan kejayaannya untuk membuka lebih banyak peluang kepada golongan wanita.

Bagi Jessica, 32, perjalanan lebih sedekad dalam dunia perniagaan mengajarnya bahawa kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata, sebaliknya memerlukan keberanian untuk bermula, kesabaran untuk belajar serta keyakinan terhadap prinsip sendiri.

Advertisement

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri, anak jati Kota Marudu, Sabah itu akhirnya mengambil langkah lebih besar apabila melancarkan jenama kosmetiknya sendiri, Jesskin pada 2023.

Percaturan tersebut mula membuahkan hasil apabila produk keluarannya bukan sahaja mendapat sambutan dalam negara, malah mula menerima permintaan daripada pasaran luar.

“Misi saya dari dulu tidak lain untuk membantu ramai wanita di luar sana dalam perniagaan. Saya percaya, inilah sumbangan yang perlu saya kongsikan dan bukan semata-mata untuk kejayaan diri sendiri saja.

“Apabila sudah ada jenama sendiri, ramai yang ingin menjadi ejen, jurujual mahupun menggunakannya untuk diri sendiri. Maklum balas yang saya terima menjadi pemangkin untuk saya kembangkan lagi Jesskin,” katanya.

Bermula dengan modal kosong

Di sebalik apa yang dimiliki hari ini, Jessica sebenarnya sudah terbiasa mencari pendapatan sendiri sejak usia muda.

Selepas tamat persekolahan, dia memulakan perniagaan kecil dengan menjual kanta lekap yang ketika itu turut menjadi produk kegunaannya sendiri.

Daripada situ, Jessica perlahan-lahan mengumpul modal sebelum menceburi perniagaan produk kecantikan daripada jenama antarabangsa dengan pasaran awal tertumpu di Sabah.

Perniagaannya kemudian berkembang ke beberapa lokasi lain di seluruh Malaysia.

Namun menurut Jessica, keuntungan tidak pernah menjadi satu-satunya ukuran dalam menentukan produk yang mahu dijual.

“Saya tidak tergamak menjual produk yang saya sendiri kurang yakin dan tidak percayai. Itulah prinsip paling penting untuk saya dalam perniagaan dan disebabkan itu, saya tidak kisah bermula dari bawah dulu.

“Bagi yang baru kenal saya, mungkin mereka nampak kejayaan yang dikecap sekarang berlaku sekelip mata. Hakikatnya, saya bermula dari modal kosong dan perlahan-lahan belajar mencari keuntungan.

“Dalam segala aspek, saya kena utamakan kualiti terlebih dulu sebelum untung. Saya juga mahu melalui sendiri setiap proses dari bawah mencari formular product terbaik sebelum betul-betul menjualnya,” katanya.

Jesskin mula terima permintaan luar negara

Selepas bertahun-tahun membina pengalaman, Jessica kini mula melihat hasil daripada keputusan menghasilkan jenamanya sendiri.

Meskipun Jesskin masih baharu dan setakat ini mengetengahkan produk serum, jenama tersebut sudah menerima permintaan dari Australia, Filipina, Vietnam serta beberapa negara Asia Tenggara.

Bagi Jessica, perkembangan itu cukup bermakna selepas mengambil masa hampir tiga tahun untuk mencari formula produk yang benar-benar memenuhi kehendaknya.

“Inilah yang saya impikan sejak mencipta jenama sendiri beberapa tahun lalu. Tiga tahun juga saya berbolak-balik mendapatkan formula yang paling sempurna kerana saya sendiri mahu menggunakan produk itu.

“Pada ‘batch’ pertama, sebanyak 1,000 unit saja dikeluarkan. Namun memasuki ‘batch’ kedua, kami tingkatkan kepada 4,000 unit kerana permintaan dari luar negara pun sudah ada,” katanya.

Mahu beri kembali kepada masyarakat

Dalam kesibukan mengembangkan perniagaan, Jessica turut mahu memastikan kejayaannya memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya di negeri kelahirannya, Sabah.

Sejak kebelakangan ini, dia semakin kerap menerima jemputan untuk terlibat dalam pelbagai acara termasuk program berkaitan kebudayaan, selain berkongsi pengalaman sebagai usahawan.

“Ada yang jemput saya sebagai penaja, memberikan ‘talk’ dan memperkenalkan jenama saya. Hal itu satu penghormatan buat saya dan membuktikan Jesskin berjaya meninggalkan impak dalam pasaran kini.

“Saya berharap ia tidak akan terhenti di Sabah saja kerana saya ingin pergi jauh lagi. Saya sasarkan jenama saya akan menembusi pasaran antarabangsa pula tidak lama lagi,” katanya.

Tidak mahu berhenti di sini

Jessica dalam pada itu mengakui perjalanan jenamanya masih panjang dan mahu terus mengembangkan rangkaian produk pada masa akan datang.

Selepas serum, antara produk yang dirancang termasuk toner, pelembap, pelindung matahari serta ‘sleeping mask’.

Lebih daripada sekadar membina jenama kecantikan, Jessica berharap perjalanan yang dilaluinya mampu menjadi inspirasi kepada wanita serta generasi muda supaya berani memulakan sesuatu meskipun dari bawah.

Daripada menjual kanta lekap selepas tamat persekolahan sehingga mempunyai jenama sendiri yang mula menerima permintaan luar negara, Jessica melihat pencapaiannya hari ini sebagai permulaan kepada perancangan yang lebih besar.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must Watch Video

Advertisement